Showing posts with label Malique Kembali Dengan Rindu 242. Show all posts
Showing posts with label Malique Kembali Dengan Rindu 242. Show all posts

Thursday, March 5, 2015

Malique Kembali Dengan Rindu 242, Bukan Respon Kepada Lagu Apa Khabar

Bekas anggota kumpulan Too Phat Malique kini kembali dengan lagu terbaru ciptaannya ‘Rindu 242’ nyanyian Shae dan Kumpulan Nukilan.


Malique Kembali Dengan Rindu 242, Bukan Respon Kepada Lagu Apa Khabar, info, terkini, hiburan, sensasi,

Selepas Teman Pengganti, Malique tidak keluar dengan apa-apa lagu sehingga Rindu 242 dilancarkan baru-baru ini.

Disebabkan itu timbul spekulasi yang mendakwa lagu Rindu 242 dicipta Malique sebagai respon kepada Lagu Apa Khabar ciptaan Joe Flizzow.

Bagaimanapun Joe Flizzow ketika ditemui baru-baru ini telah menafikan perkara tersebut.

Penyanyi rap dan komposer tersebut turut memohon kepada para peminat supaya tidak membuat spekulasi.

“Terus terang saya cakap, lagu Malique tiada kena mengena dengan lagu saya, lagipun Malique telah menghubungi saya dan menjelaskan segalanya mengenai lagunya itu.

“Apa-apa pun saya gembira Malique kembali aktif untuk mencipta lagu untuk penyanyi tempatan, sememangnya sahabat saya memang berbakat,” katanya.

Joe yang ditemui media di Majlis Pelancaran Video Muzik Baek di pejabat Sony Music turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Malique.

“Semoga Malique terus utuh memperkukuhkan lagi industri muzik tempatan.

“Kumpulan Nukilan adalah anak didik terbaru Malique, InshaaAllah mereka boleh berjaya dan saya harap peminat muzik tempatan terus menyokong lagu-lagu kita.

Lagu #RINDU242 telah dilancarkan di corong radio tepat jam 2.42 petang pada 24 Februari lalu.

Kumpulan Nukilan terdiri daripada 3 orang anak muda iaitu Kirana, Kelana dan Agenda merupakan artis di bawah naungan syarikat rakaman Malique iaitu Qarma MusiQ. 

Sumber : astrogempak.com.my