Biarpun hanya mengadakan majlis berendoi puteri mereka, Nur Latifah Chantiq Hanania yang berusia 48 hari dan turut meraikan ulang tahun putera ketiga mereka, Ahmad Haziq Hanania yang berusia dua tahun, majlis kenduri anjuran Johan Raja Lawak dan isterinya, Ozlyn berlangsung meriah seolah-olah ia adalah majlis perkahwinan.
Paling menarik perhatian, di ruang dalam lokasi berlangsungnya majlis itu di Villa Casa Heliconia, Kuala Lumpur Sabtu lalu, terdapat pelamin cantik berwarna putih yang menjadi tumpuan ramai jemputan sama ada untuk bergambar mahupun merakamkan kenangan bersama pasangan ini.
Bukan saja menyediakan makanan yang lazat, pasangan ini turut mengundang Sharifah Shahira dan Azmir Cuit sebagai pengacara bagi memeriahkan majlis dua dalam satu itu.
Paling menarik, Johan sanggup berhabisan membawa persembahan badut serta permainan lain bagi memeriahkan majlis itu sekali gus menceriakan tiga anak lelakinya serta kanak-kanak lain yang hadir.
Bahkan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah berupa basikal, kipas angin serta kereta mainan turut diadakan bagi menambah kemeriahan majlis.

Mengenali pasangan ini, boleh dikatakan mereka tidak lokek mengadakan majlis kenduri kesyukuran bagi berkongsi rezeki yang diperoleh dengan orang lain. Saban tahun mereka tidak ketinggalan menganjurkan majlis begini.
Apatah lagi tahun lalu, Johan mencapai kejayaan cemerlang dalam kariernya. Selain sukses dengan tugasnya sebagai penyampai radio ERA, artis bernama sebenar Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 32, ini turut menyerlah apabila muncul juara Super Spontan 2014 dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan kereta Toyota Camry.
Tambah mengujakan apabila isteri tercinta, Ozlyn melahirkan Nur Latifah Chantiq Hanania pada 25 November lalu sekali gus mengakhiri penantian mereka yang begitu inginkan cahaya mata perempuan.
Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran rakan artis antaranya Fasha Sandha bersama suaminya Jejai (Rizal Ashram) yang turut membawa dua anak mereka; Amyza Aznan bersama suaminya, Khairil Izhar dan anak mereka; Ezad Lazim dan isterinya, Nor Azeana serta anak mereka dan Azza Elite.

Tidak ketinggalan Raja Azura serta pasangan Johan dalam segmen Johara ERA iaitu Ray.
Walaupun nampak penat, Johan tetap melayan permintaan tetamu yang ingin bergambar dengannya. Baginya, dia puas kerana majlis yang dirancang dalam tempoh dua minggu itu berjalan lancar.
"Majlis ini adalah pembuka 2015 kerana kami akan buat kenduri empat kali setahun. Kali ini kami pilih tema keceriaan kerana mahu menggembirakan Ahmad Haziq yang konsepnya Ozlyn pilih.
"Dia juga cetuskan idea konsep bersanding dan saya sokong kerana dengan cara ini hubungan kami akan jadi lebih akrab. Memang setiap kali buat majlis, kami akan melakukannya secara besar-besaran. Bukanlah kami nak menunjuk-nunjuk tetapi hanya bertujuan meraikan tetamu termasuk anak yatim yang turut dijemput.
"Saya anggap mereka seperti anak saya sendiri. Setakat ini saya ada empat rumah anak yatim yang dijadikan anak angkat dan saya akan jemput mereka ikut giliran," katanya yang turut menyumbang kelengkapan persekolahan kepada 30 anak yatim yang datang.
Majlis itu berlangsung dua sesi apabila jemputan sesi berendoi dikhaskan untuk keluarga dan rakan terdekat manakala sambutan ulang tahun kelahiran dibuka untuk semua tetamu termasuk peminat.
"Saya bersyukur kerana majlis berendoi disempurnakan oleh pak cik saya sendiri yang juga imam di Masjid Kampung Pandan dan saya gembira kerana nenek dan mak cik saya dari sebelah emak yang berketurunan Cina turut hadir ke majlis ini menjadikannya sangat bermakna.
"Peminat yang hadir pula terdiri daripada ahli kelab peminat saya dan Jozan. Mereka beruntung kerana dapat melihat wajah bayi saya. Ini kali pertama saya dedahkan Nur Latifah kepada mereka," katanya.
Selesa sebagai penyampai radio
Berbicara mengenai kerjaya, Johan mengakui komitmennya kini sebagai penyampai ERA.
"Buat masa ini saya nak berehat daripada ambil tawaran lain. Kerja sebagai penyampai radio pun mencabar kerana saya perlu berada di konti awal pagi.
Saya hanya ambil tawaran yang tak memerlukan saya menghabiskan banyak masa di luar kerana saya kena banyak berehat," katanya.

Diusik soalan mengenai pasangannya, Zizan yang kini bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2014 bersama Tauke dan Yus dalam kumpulan Virus, Johan ketawa sambil memberi pendapat peribadi.
"Saya lihat Virus belum ada keserasian sehinggalah pada persembahan minggu kesembilan baru ada perubahan. Mereka ada idea dan konsep lawak tapi keserasian belum muncul sepenuhnya. Apapun saya percaya mereka mampu buat yang terbaik dan layak ke pentas akhir," katanya.
Baca : Video Anak Datuk K Dedah Rahsia Tabiat Datuk Siti Nurhaliza
"Saya lihat Virus belum ada keserasian sehinggalah pada persembahan minggu kesembilan baru ada perubahan. Mereka ada idea dan konsep lawak tapi keserasian belum muncul sepenuhnya. Apapun saya percaya mereka mampu buat yang terbaik dan layak ke pentas akhir," katanya.
Sumber : hmetro.com.my