Showing posts with label Mimi Ernida Masih Belum Puas?. Show all posts
Showing posts with label Mimi Ernida Masih Belum Puas?. Show all posts

Saturday, November 29, 2014

Mimi Ernida Masih Belum Puas?

Namanya mula dikenali selepas muncul dalam drama bersiri popular, Rindu Awak 200 peratus menerusi slot Akasia di TV3. Meskipun gembira dengan maklum balas diterima, tidak bermakna pelakon Mimi Ernida, 24, berasa puas.


Mimi Ernida  Masih Belum Puas?, info, terkini ,hiburan, sensasi, Mimi Ernida, Pelakon Baru,


Melalui pelbagai onak duri selepas menyertai pertandingan Gadis Melayu musim ketiga yang disiarkan di TV9, Mimi atau nama sebenarnya Nor Shamimi Ernida Mansor berharap setiap drama lakonannya diterima ramai.

"Saya sedar bukan semua orang bernasib baik dalam bidang ini. Seperti saya sendiri mencipta nama dalam program realiti televisyen bukan bermaksud peluang saya sudah terbuka luas.

"Sebaliknya banyak perkara yang perlu saya lalui. Kalau diikutkan memang rasa putus asa apabila rezeki seperti tidak memihak kepada saya, namun disebabkan minat yang begitu mendalam mahu bergelar seorang pelakon yang berjaya, saya bulatkan tekad.

"Alhamdulillah sejak drama Rindu Awak 200 peratus popular, ramai mengenali saya dan tawaran berlakon semakin banyak. Meskipun hanya watak biasa, saya tiada masalah kerana apa yang penting saya ada kerja. Pada saya, dalam keadaan kehadiran pelakon yang begitu ramai saya tidak boleh terlalu cerewet dalam memilih watak," katanya.

Mimi Ernida  Masih Belum Puas?, info, terkini ,hiburan, sensasi, Mimi Ernida, Pelakon Baru,

Mengulas perkembangan terbaru, anak sulung daripada empat beradik ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Cinta Si Egois yang bakal disiarkan di Hypp TV.

Drama 30 episod terbitan Tenview (M) Sdn Bhd itu turut menampilkan pelakon seperti Sari Yanti, Amaris dan Azam Pit.

"Alhamdulillah, saya kembali sibuk di lokasi penggambaran lagi. Walaupun watak saya biasa saja dan hampir sama dengan watak dalam drama Rindu Awak 200 peratus, menariknya watak kali ini saya menjadi wanita yang lebih tegas dan berani mempertahankan diri meskipun ditindas.

"Walaupun ia nampak biasa pada penonton saya tidak kisah asalkan saya terus diberi peluang berlakon. Seperti saya katakan tadi, dalam keadaan sekarang tidak boleh terlalu memilih watak yang penting ada kerja.

"Kalau diikutkan semua pelakon mahu mencuba watak mencabar diri mereka. Namun saya perlu akur, jika rezeki masih diberi peluang watak biasa saya perlu terima," katanya.

Baca : Zizan Mohon Maaf Kerana Persembahan Virus Di MLM 2014 

Sumber : hmetro.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif