Showing posts with label Miss Universe Malaysia 2014. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Sabrina Beneett Cakap Bahasa Melayu di Miami

Sokongan moral dari tanah air tercinta pastinya membina semangat buat Ratu Universe Malaysia 2014, Sabrina Beneett yang akan bertanding ke pertandingan akhir Miss Universe 2014 pada 25 Januari ini.

Sabrina Beneett Cakap Bahasa Melayu di Miami, info, terkini, hiburan, model, Miss Universe Malaysia 2014, Sabrina Beneett

Bakal diadakan di Doral Miami, Amerika Syarikat, Sabrina Beneett yang membawa nama negara ke peringkat antarabangsa nampaknya sedang mempersiapkan diri dan cuba berada dalam keadaan selesa sebelum acara sebenar bermula.

Aksi serta detik istimewa Ratu Malaysia itu sepanjang berada di Miami telah dikongksikan di dalam laman Instagram Missuniversemalaysia dan tak ketinggalan akaun peribadinya, sabby_bee.

Pelbagai detik istimewa bersama-sama ratusan ratu cantik dari seluruh dunia telah dikongsikan Sabrina Beneett termasuk aktiviti menarik sejak sampai ke destinasi pelancongan pilihan ramai itu baru-baru ini.

Ini tidak ketinggalan peluangnya bertemu Ratu Cantik Universe yang terdahulu, Gabriela Isler dan sesi memperkenalkan diri pada malam pembukaan acara berkenaan yang menyaksikan Sabrina Beneett berbahasa Melayu.

Menerusi video yang dimuat naik Miss Universe Malaysia, gadis berusia 24 tahun itu telah berkata “ Apa khabar Doral? I am Sabrina Beneett and Salam satu Malaysia” yang disifatkan satu pendekatan yang cukup membanggakan.

Selain itu juga, Sabrina Beneett banyak berkongsi gambar-gambarnya bersama-sama Ratu Universe dari negara lain seperti dari Singapura, Korea, Argentina, Amerika Syarikat, Jepun dan ramai lagi.

Kami dari portal murai.com.my ingin mengucapkan selamat maju jaya, semoga anda dapat mengharumkan nama negara.

Sabrina Beneett Cakap Bahasa Melayu di Miami, info, terkini, hiburan, model, Miss Universe Malaysia 2014, Sabrina Beneett

Sabrina Beneett Cakap Bahasa Melayu di Miami, info, terkini, hiburan, model, Miss Universe Malaysia 2014, Sabrina Beneett

Sabrina Beneett Cakap Bahasa Melayu di Miami, info, terkini, hiburan, model, Miss Universe Malaysia 2014, Sabrina Beneett

Sabrina Beneett Cakap Bahasa Melayu di Miami, info, terkini, hiburan, model, Miss Universe Malaysia 2014, Sabrina Beneett

Sabrina Beneett Cakap Bahasa Melayu di Miami, info, terkini, hiburan, model, Miss Universe Malaysia 2014, Sabrina Beneett

Sabrina Beneett Cakap Bahasa Melayu di Miami, info, terkini, hiburan, model, Miss Universe Malaysia 2014, Sabrina Beneett

Sabrina Beneett Cakap Bahasa Melayu di Miami, info, terkini, hiburan, model, Miss Universe Malaysia 2014, Sabrina Beneett

Sabrina Beneett Cakap Bahasa Melayu di Miami, info, terkini, hiburan, model, Miss Universe Malaysia 2014, Sabrina Beneett

Baca : Kontroversi Alyah Dirancang Kerana AJL 29? 

Sumber : murai.com.my