Showing posts with label No More. Show all posts
Showing posts with label No More. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

SonaOne masih Tidak Fasih Bahasa Melayu

Nama SonaOne kini menjadi sebutan apabila membolot tiga anugerah dan lagu "No More" nyanyian dan ciptaannya melakar sejarah tersendiri apabila menjadi lagu bahasa Inggeris pertama yang dinobatkan sebagai Lagu Terbaik dalam sejarah "Anugerah Industri Muzik".


SonaOne masih Tidak Fasih Bahasa Melayu, info, terkini, hiburan, SonaOne, No More,

Memetik laporan daripada Kosmo, SonaOne atau nama sebenarnya Mikael Lozach berkata, dia yang bakal melancarkan lagu bahasa Melayu pertama ciptaannya berjudul "Hekeleh",mengakui masih terkejut dengan kemenagan dan perhatian yang diterimanya.

"Sebenarnya saya masih terkejut dengan kemenangan di AIM21. Saya juga sedar selepas menang tiga anugerah di AIM21, harapan khalayak terhadap karya saya semakin tinggi.

"Memang pencapaian ini memberi sedikit tekanan, bagaimanapun saya bersyukur kerana hasil kerja saya diiktiraf. Perancangan selepas ini, saya akan terus berkarya dan akan tampil dengan lagu bahasa Melayu pertama berjudul "Hekeleh"."

Tambahnya lagi, dia akui lebih selesa untuk membuat lagu dalam bahasa Inggeris dan Perancis sahaja, namun untuk meluaskan penguasaan muziknya, dia perlu membuat lagu bahasa Melayu.

"Bagi saya, itu cabaran yang besar. Saya terpaksa membuka kamus dan mengambil masa yang agak lama iaitu empat bulan untuk menyiapkan lagu "Hekeleh" tapi saya berpuas hati dengan hasilnya."

Jelasnya lagi, dia boleh bertutur dalam bahasa Melayu, namun masih perlu mendalaminya lagi kerana bahasa utama yang digunakan sejak kecil adalah bahasa Inggeris dan Perancis.

"Saya tinggal di Perancis sejak lahir dan hanya balik ke Malaysia pada usia 12 tahun. Sejak itu, saya bersekolah di sekolah Perancis di sini, Jadi pergaulan dan pertuturan banyak dalam bahasa Perancis dan bahasa Inggeris sahaja. Pada usia 17 tahun, barulah saya bercakap dalam bahasa Melayu kerana ketika itu saya sudah mula bergaul dengan ramai rakan Melayu."

Berkongsi lanjut mengenai pembikinan single "Hekeleh", SonaOne menyatakan lagu tersebut mengisahkan dirinya yang berdarah kacukan dan kesungguhannya untuk bertutur dalam bahasa Melayu.

Baca : Amy Search Dikritik Takde Pendirian 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif