Keluarga mendiang Paul Walker dilaporkan telah memfailkan saman terhadap keluarga sahabat dan rakan kongsi anaknya iaitu Roger Rodas, yang turut terkorban dalam nahas Porsche Carrera GT dahulu.
Tetapi saman itu tidak difailkan bagi ganti rugi kejadian tersebut, tetapi adalah untuk kereta yang kedua-dua mendiang kumpulkan bersama semasa hidup mereka.
Menurut berita oleh TMZ dan dipetik dalam laporan dari UK Daily Mail, Walker dan Rodas adalah pemilik bersama sebuah kedai kereta bernama “Always Evolving” di Valencia, California, di mana mereka menempatkan koleksi lebih 30 kereta.
Kereta-kereta tersebut, menurut Paul Walker III, sebahagiannya milk anaknya (jika tidak kesemuanya), yang bernama penuh William Paul Walker IV. Koleksi ini dikatakan bernilai $ 1.8 juta, dan Walker menuntut supaya keluarga Roger Rodas sama ada menyerahkan kereta-kereta tersebut atau membayar mereka nilainya.
Oleh kerana keluarga Rodas yang telah dilaporkan menolak tuntutan itu, Walker pergi ke mahkamah untuk penyelesaian.
Walau bagaimana pun, dikatakan sebahagian daripada kenderaan berkenaan, mungkin telah dijual.
Baca : Rumah Tangga Gitaris 'Guns N' Roses' Dilanda Masalah Lagi
Kereta-kereta tersebut, menurut Paul Walker III, sebahagiannya milk anaknya (jika tidak kesemuanya), yang bernama penuh William Paul Walker IV. Koleksi ini dikatakan bernilai $ 1.8 juta, dan Walker menuntut supaya keluarga Roger Rodas sama ada menyerahkan kereta-kereta tersebut atau membayar mereka nilainya.
Oleh kerana keluarga Rodas yang telah dilaporkan menolak tuntutan itu, Walker pergi ke mahkamah untuk penyelesaian.
Walau bagaimana pun, dikatakan sebahagian daripada kenderaan berkenaan, mungkin telah dijual.
Sumber : kamithemedia.blogspot.com