Showing posts with label Pegawai stesen TV nafi ada hubungan dengan Zizan Razak. Show all posts
Showing posts with label Pegawai stesen TV nafi ada hubungan dengan Zizan Razak. Show all posts

Tuesday, February 24, 2015

Pegawai stesen TV nafi ada hubungan dengan Zizan Razak

Seorang wanita yang juga merupakan pegawai atasan sebuah stesen televisyen, menafikan dakwaan, kononnya dia dikatakan menjalinkan hubungan rahsia dengan pelawak terkenal, Zizan Razak.


Pegawai stesen TV nafi ada hubungan dengan Zizan Razak , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, emma maembong

Wanita berusia 30-an itu berkata, dakwaan dan tuduhan tersebut tidak berasas kerana hubungan mereka hanya di atas dasar etika kerja sahaja.

"Fitnah yang dilemparkan itu mengecewakan saya. Bagi saya yang penting Allah tahu dan keluarga tahu.

"Saya rapat dan baik dengan semua artis yang bernaung dibawah pengurusan atau yang ada kontrak dengan kami. Layanan saya terhadap mereka sama dan adil, tidak kira siapa orangnya. Semuanya atas dasar profesional," ujarnya seperti dipetik daripada Harian Metro.

Dakwaan mengenai wanita itu dengan Zizan semakin mengular di dalam industri hiburan tanah air selepas penyebaran gambar mereka di laman sosial.

Spekulasi tersebut diperkukuhkan dengan gambar wanita itu bersama ibu Zizan, Anai Ibrahim.

Berikutan gambar yang dikongsikan oleh ibu Zizan sendiri di akaun Facebook miliknya, timbul ura-ura mengatakan ibu Zizan juga turut menyenangi wanita berkenaan.

Kontroversi tersebut menjadi bualan ramai, apabila terdapat beberapa pihak yang mendakwa kononnya Zizan diberi kelebihan dan menerima tawaran kerja hingga mencetuskan kurang senang pihak tertentu.

"Macam saya katakana, saya menjaga baik hubungan dengan semua artis yang bekerjasama dengan kami.

"Cuma mungkin ada ketika orang akan nampak saya (rapat dengan artis tertentu) dan ada ketika orang tidak nampak. Mungkin dia (Zizan) dapat perhatian lebih, jadi itu yang menyebabkan orang salah sangka."

Bagaimanapun, Zizan yang cuba dihubungi, masih tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai isu tersebut.

Sumber : tupai.com.my