Pelakon berdarah kacukan Pakistan ini, mengakui peningkatan berat badan yang pernah dialaminya membuatkan dia mengambil keputusan untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Aikk! Sebelum ni tak mengamalkan gaya hidup yang sihat ker? Hihiii.
Menurut Elfaeza Ul Haq, keputusannya menjadi lebih bermakna apabila dilantik sebagai salah seorang team leader menerusi program kesihatan Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) di bawah Kevin Zahari.
“Diberi kepercayaan seperti selebriti lain menjadi ‘team leadar’ merupakan penghargaan besar kepada saya.
“Walaupun tidak pernah mempunyai asas dalam bidang berkaitan tetapi saya nekad membantu semua yang terlibat.
“Bagi saya, tidak semestinya seorang selebriti sahaja tetapi sesiapa pun perlu mendapatkan berat badan ideal supaya tidak mengalami masalah kesihatan,” kata pelakon drama bersiri Adam dan Hawa ini.

Jelasnya yang mesra disapa Elfa, berasal dari keturunan berbaka besar membuatkan dia takut menjadi seperti ahli keluarganya.
“Sebagai artis, saya perlu nampak menarik di kaca televisyen. Malah, kekurangan pakaian yang sesuai juga boleh menyebabkan saya rasa kurang keyakinan.
“Kerana itu, saya sentiasa mengawal pemakanan dan senaman supaya kekal kurus,” katanya pernah mengalami kenaikan berat badan sehingga 8 kilogram sebulan.
Akibat masalah itu, Elfa turut merasa tertekan.
“Saya suka melihat orang cantik, jadi bila badan saya naik, saya rasa kekurangan. Saya pernah tahan lapar dan melakukan perkara di luar minda.
“Dengan adanya program JK1M ini, saya lebih bijak mengawal berat badan dengan cara betul,” katanya.
Muncul menerusi drama Keluarga Karaoke di Astro Mustika, akui Elfa, walaupun tawaran yang diterima tidak serancak di awal kemunculannya, tetapi dia berbangga kerana mampu bertapak dalam industri.
Sumber : gosipmalaysia.com