Showing posts with label Penyanyi Dayang Nurfaizah Disangka Ning Baizura. Show all posts
Showing posts with label Penyanyi Dayang Nurfaizah Disangka Ning Baizura. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Penyanyi Dayang Nurfaizah Disangka Ning Baizura

Mungkin sesuatu yang asing apabila ada peminat yang tersalah ‘suka’ dengan artis kegemarannya atau dengan kata lain keliru dengan identiti selebriti pujaan mereka.

Perkara yang sama telah terjadi terhadap dua penyanyi pujaan ramai Dayang Nurfaizah dan juga Ning Baizura apabila ada seorang peminat telah tersalah letak gambar di dalam laman Twitter miliknya baru-baru ini.

Penyanyi Dayang Nurfaizah Disangka Ning Baizura, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, ning baizura, dayang nurfaizah

Peminat yang menggunakan nama Alexander Zulkarnain di dalam akaun Twitter miliknya itu telah memuat naik gambar Dayang Nurfaizah sedangkan di dalam tulisannya, dia sebenarnya mengagumi suara yang dimiliki penyanyi Ning Baizura.

Berikut seperti yang ditulis peminat berkenaan“Tumpang tanya Ning Baizura ni dah kawen ke? Penyanyi pujaan saya ni. Saya Minat sangat suara dia…hehehe. Feeling excited”.

Jadi mana yang betul sekarang ini? Peminat itu sukakan suara Ning Baizura atau wajah hitam manis Dayang Nurfaizah?

Insiden mencuit hati itu telah dikongsi penyanyi Nurul Depp di dalam akaun Instagram miliknya (nuruldepp) yang ternyata telah mendapat perhatian ramai pengikut penyanyi berkenaan termasuk komen yang mencuit hati.

Kata Nurul Depp yang ditanya secara ringkas, dia juga sering disapa Nuing Baizura oleh sesetengah peminat, mungkin kerana kulit hitam manis yang dimiliki mereka berdua.

Jadi insiden berkenaan membuktikan kulit hitam manis yang di miliki Ning Baizura, Nurul Depp dan Dayang Nurfaizah telah membuatkan ramai peminat yang keliru.

Tapi persoalannya sekarang, adakah peminat yang pernah terkeliru menggelarkan Ning Baizura sebagai Nurul Depp atau Dayang Nurfaizah?Sila jawab sikit Ning Baizura.

Baca : Datuk Aznil Bergembira Sakan Di Sekitar Los Angeles 

Sumber : murai.com.my