Showing posts with label Penyanyi Tegar Dakwa Terima Gangguan Seksual Dari Bekas Pengurus. Show all posts
Showing posts with label Penyanyi Tegar Dakwa Terima Gangguan Seksual Dari Bekas Pengurus. Show all posts

Thursday, March 12, 2015

Penyanyi Tegar Dakwa Terima Gangguan Seksual Dari Bekas Pengurus

Penyanyi remaja Indonesia, Tegar telah membuat laporan polis yang mana dia mendakwa telah menerima gangguan seksual daripada bekas pengurusnya, Arif Dollah ketika berada dibawah pengurusan lelaki tersebut.


Penyanyi Tegar Dakwa Terima Gangguan Seksual Dari Bekas Pengurus, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, tegar, artis cilik indonesia

Menerusi laporan media di Indonesia semalam, Tegar dan keluarganya telah meminta bantuan Komisi Nasional Perlindungan Anak dan membuat laporan polis hari ini (Khamis).

Menurut Ketua Komisi Nasional Perlindungan Anak, Arist Merdeka Sirait, laporan polis itu dibuat berikutan mereka merasakan ini merupakan perbuatan jenayah ke atas kanak-kanak.

Pihaknya turut mendapat info yang Arif juga pernah melakukan jenayah seksual terhadap anak tirinya yang ketika itu baru berusia 13 tahun (kini 21 tahun). Malah, bekas isteri Arif juga meminta mereka supaya berhati-hati.

Sementara itu, Tegar menerusi sidang media Aksi Menentang Kejahatan Seksual Terhadap Anak di Jakarta Timur semalam berkata, kejadian tersebut berlaku di antara bulan November 2014 hingga Januari tahun ini.

Ketika itu Tegar sedang berada di Malaysia untuk menjayakan sebuah konsert. Pengurusnya itu kemudian meminta dia untuk tinggal beberapa hari lagi di Kuala Lumpur.

Di situlah menurut Tegar bermulanya gangguan seksual terhadap dirinya. Antaranya ialah dia disuruh untuk tidur dengan hanya memakai seluar dalam sebelum pengurusnya itu akan mendekatinya dan cuba melakukan perkara tidak senonoh.

"Setiap kali mahu tidur, dia suka dekati. Saya tanya mahu apa sih? Saya mahu tidur capek (penat)…Dia ajak pula saya mandi bersama. Katanya mahu mandikan saya.

“Saya terkejut dan takut …Saya ikut sahaja kemahuan dia. Dan ya, kami mandinya biasa saja, sama-sama buka baju. Cuma tidak apa-apa yang berlaku,” ujarnya.

Ketika bersama Arif yang juga merupakan seorang warga Singapura, Tegar turut dihalang untuk pulang ke Indonesia selepas tamat mengadakan persembahan di Malaysia.

Tegar juga tidak dibenarkan menghubungi ahli keluarganya dan Arif telah merampas telefon bimbit dan komputer riba kepunyaannya.

Isu ini hangat diperkatakan di Indonesia sejak semalam selepas ia didedahkan media di sana yang menganggap Tegar merupakan mangsa kepada seorang pedofilia (seorang dewasa yang gemar melakukan seksual terhadap anak kecil).

Sumber : murai