Showing posts with label Produser Filem Raja Azmi Bakal Berhijrah Ke Labuan?. Show all posts
Showing posts with label Produser Filem Raja Azmi Bakal Berhijrah Ke Labuan?. Show all posts

Friday, December 5, 2014

Produser Filem Raja Azmi Bakal Berhijrah Ke Labuan?

Kita percaya bila korang baca saja tajuk di atas ni, mesti korang tertanya-tanya kenapa produser filem penuh sensasi dan kontroversi iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman mahu berpindah ke Labuan.


Produser Filem Raja Azmi Bakal Berhijrah Ke Labuan?, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gosip terkini, Raja Azmi,

Adakah kerana dia sudah menemui cinta baru di sana? Lebih-lebih lagi setelah Raja Azmi membuat pengakuan terhadap portal Murai bahawa dia sudah pun menemui cinta baru.

Secara tidak langsung, pastilah akan ada pihak yang cuba mengaitkan penghijrahan Raja Azmi ke Labuan dengan cinta barunya itu.

Padahal apa yang dimaksudkan oleh Raja Azmi itu adalah cintanya terhadap Allah SWT. Hanya cinta terhadap Yang Maha Esa saja yang akan kekal buat selama-lamanya.

Apapun, mengenai penghijran Raja Azmi ke Labuan, Murai Batu dapat tahu, ianya ada kena mengena dengan sebuah projek yang ada kaitan dengan penglibatannya di dalam industri seni tanah air.

Buat masa ini, semuanya masih lagi dalam perancangan. Misal katalah menjadi seperti apa yang dirancang, maka Raja Azmi mungkin akan berhijrahlah ke Labuan. '

Khabarnya juga Raja Azmi sudah beberapa kali berulang alik ke sana dan bukan main seronok lagi dia apabila dapat makan makanan laut yang segar-segar di sana. Malah, dia juga seronok kerana Labuan juga adalah sebuah Wilayah Persekutuan yang bebas cukai.

Baca : Ramalan Murai Batu, Siapakah Yang Julang Trofi AIM 21 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif