Showing posts with label Program Lawak. Show all posts
Showing posts with label Program Lawak. Show all posts

Friday, November 28, 2014

MLM 2014: Juri Garang, Kedekut 'Bintang'

Selepas dua minggu Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) bersiaran, barisan juri tetap pada kali ini dikatakan paling garang dan kedekut bintang.


MLM 2014: Juri Garang, Kedekut 'Bintang', info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, MLM2014, Program Lawak,

Malah ada yang mendakwa empat juri tetap MLM 2014 iaitu Dato' Jalaluddin Hassan, Nur Fazura, Taufik Batisah dan Farah Quinn terlalu serius ketika memberi komen.

Kesemua mereka setakat ini belum pernah memberikan lima bintang kepada para peserta, hanya empat bintang diberikan sekiranya komedi yang dipersembahkan memenuhi kriteria dan menghiburkan.

Para peserta juga terpaksa akur apabila juri hanya memberikan tiga atau dua bintang selepas persembahan.

Datuk Jalaluddin Hassan ketika ditanya tentang perkara tersebut memberitahu, untuk menjaga prestij MLM 2014 juri perlu tegas dan jujur ketika memberi komen.

"Kami memang sengaja tak beri lima bintang kepada mereka (peserta) kerana mahu menjaga kualiti dan standard MLM 2014.

"Biarlah bintang (peserta) terus mengejar bintang dan tahu betapa sukarnya untuk menjadi peserta yang terbaik di kalangan yang terbaik," katanya kepada Astro Gempak.

Sementara itu Nur Fazura pula berkata, selaku juri mereka tidak mahu para peserta lalai sekiranya dari peringkat awal pertandingan sudah memperlolehi bintang penuh.

"Demi untuk memastikan para peserta sentiasa bersaing dan memberikan persembahan yang konsisten.

"Ia juga motivasi kepada mereka semua untuk terus mencari idea-idea baru yang segar serta menghiburkan sekiranya mahu mendapatkan lima bintang daripada kami," ujarnya.

Mengulas mengenai juri MLM 2014 yang dikatakan paling tegas dan 'garang' dalam sejarah MLM, Taufik Batisah dan Farah Quinn mempunyai pandangan masing-masing.

"Kami tak garanglah...Selama dua minggu di kerusi juri kami cuma bersikap jujur dengan komen-komen kami.

"Cuma kami harap para peminat tak marah kepada kami sekiranya komen diberikan kepada pelawak kegemaran mereka tidak seperti yang diharapkan," ujar Taufik dan Farah serentak.

Jalaluddin Hassan sebelum mengakhiri sidang media menambah, tugasan sebagai juri adalah sangat sukar terutama ketika mahu mengumumkan nama peserta tersingkir.

"Kami taklah garang mana...Kalau garang, masa bagi komen kami tak senyum atau ketawa dengan peserta.

"Cuba tengok betul-betul, kami turut berlawak dengan peserta ketika komen tentang persembahan mereka.

"Tapi, gelak-gelak pun....nak bagi lima bintang memang tak dapatlah," katanya ketawa.

Baca : Netizen Gelar Awal Ashaari Tamak Haloba 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif