Showing posts with label Punca ‘Teman’ Wanita Remy Ishak Kecil Hati. Show all posts
Showing posts with label Punca ‘Teman’ Wanita Remy Ishak Kecil Hati. Show all posts

Tuesday, December 9, 2014

Punca ‘Teman’ Wanita Remy Ishak Kecil Hati

Mesti semua sudah sedia maklum bahawa pelakon kacak, Remy Ishak kini sedang mengenali hati budi Pengarah Urusan Roistz Labels, Roszaliza Yusof. Kiranya mereka ni dah ‘rapat’ jugalah.


Punca ‘Teman’ Wanita Remy Ishak Kecil Hati, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, remy ishak,

Tapi, ada kebaikan dan keburukannya juga apabila berkawan rapat dengan selebriti terkenal seperti Remy Ishak. Nak tahu apa keburukannya? Ha.. segala rahsia dan kisah peribadi anda akan mula jadi sasaran orang ramai.


Itulah yang sedang dialami oleh Roszaliza sehinggakan membuat wanita itu berkecil hati dan sedih kerana terkejut dengan situasi itu. Yelahkan, baru-baru ni ada keluar gosip yang mendakwa Roszaliza seorang kaki ‘clubbing’. Hurm.

“Saya tahu orang mula ‘mengorek’ rahsia siapa wanita yang makin rapat dengan saya kini dan kerana itu segala hal peribadinya mula diselongkar.

Keadaan itu membuatkan saya terpaksa memohon maaf kepadanya. Yelah, dia bukannya biasa dengan keadaan seperti ini. Sebab itu saya tidak gemar berkongsi hal peribadi.

Bila tak cakap, orang cuba korek, tetapi apabila dah kongsi cerita, jadi lain pula. Susahnya jadi Remy Ishak yer.”

Namun, Remy masih melabelkan hubungan mereka sebagai kawan rapat kerana tidak mahu menanggung malu jika hubungan tersebut putus di tengah jalan.

Baca : Pian Cecupak Buat Hal Lagi 

Sumber : Oh! Bulan
 photo good_zps9ceffaa5.gif