Showing posts with label Punca Banyak Adegan 'Suamiku Encik Perfect 10' Dipotong. Show all posts
Showing posts with label Punca Banyak Adegan 'Suamiku Encik Perfect 10' Dipotong. Show all posts

Wednesday, January 14, 2015

Punca Banyak Adegan 'Suamiku Encik Perfect 10' Dipotong

Banyak adegan menarik yang terpaksa dikorbankan untuk memendekkan tempoh filem Suamiku Encik Perfect 10 yang pada awalnya dibuat untuk sebuah telefilem eksklusif bagi tayangan Astro First.


Punca Banyak Adegan 'Suamiku Encik Perfect 10' Dipotong, info, terkin, hiburan, sensasi, gossip, suamiku encik perfect 10, drama, filem suamiku encik perfect 10

Pengarahnya, Mohammed Feroz Abdul Kader berkata, perkara tersebut merupakan cabaran utama apabila dia terpaksa memilih hanya babak penting bagi membantu jalan cerita.

"Ia agak mencabar kerana penggambaran yang pada awalnya kita lakukan untuk telefilem dua episod ditukar untuk dijadikan sebuah filem dengan durasi dua jam.

"Oleh itu saya perlu membuang banyak babak menarik terutamanya adegan penggambaran di London dan memilih babak yang penting untuk jalan cerita sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Mohammed Feroz ditemui selepas tayangan media filem Suamiku Encik Perfect 10 yang diadakan di GSC Pavilion, di sini, malam Selasa lalu.

Filem kerjasama Global Station Sdn Bhd bersama Astro Show itu turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Lisa Surihani, Syazwan Zulkifly, Jihan Miskin dan Raja Ilya.

Sementara itu, Penerbit Global Station Sdn Bhd Datin Zaiton Mohd Jiwa berkata, pihaknya dan Astro membuat keputusan menjadikan karya tersebut sebagai sebuah filem selepas melihat beberapa kriteria yang berpontensi sebagai sebuah filem.


Punca Banyak Adegan 'Suamiku Encik Perfect 10' Dipotong, info, terkin, hiburan, sensasi, gossip, suamiku encik perfect 10, drama, filem suamiku encik perfect 10
Lisa Surihani

Katanya, barisan pelakon yang terdiri daripada pelakon terkenal serta jalan cerita yang menarik membuatkan mereka yakin filem itu boleh menarik penonton ke pawagam.

"Pada asalnya ia adalah untuk tayangan Astro First Eksklusif, namun selepas kita buat screening dengan pihak Astro kami membuat keputusan untuk ia dijadikan sebuah filem.

"Kita lihat banyak babak menarik, pelakon terkenal dengan lakonan yang mantap serta jalan cerita yang bagus membuatkan kami berani mengambil keputusan itu," ujarnya.

Tambahnya, selepas keputusan untuk mengangkat ia dijadikan sebuah filem, pihaknya sudah mengenal pasti babak yang membuat penonton paham dan tidak tergantung.

Jelasnya, babak-babak menarik di London yang terpaksa dipotong adalah bukan babak penting untuk menyokong jalan cerita.

"Keputusan menjadikan ia sebuah filem membuatkan kami terpaksa mengorbankan banyak babak yang diambil terutama di London.

"Babak di London itu kebanyakkannya tidak membantu jalan cerita, ia hanya mencantikkan sahaja, kita terpaksa mencari babak yang benar-benar kuat untuk menghidupkan cerita ini," katanya.

Filem Suamiku Encik Perfect 10 merupakan adaptasi daripada novel tulisan Syamnuriezmil bakal ditayangkan pada 22 Januari ini di suluruh pawagam tanah air.

Selain filem tersebut, Global Station turut menghasilkan drama bersiri iaitu Suamiku Encik Sotong lakonan Sharnaaz Ahmad bagi siaran Astro.

Baca : Faizal Tahir 'Hilang' Urus Syarikat Rakaman Sendiri  

Sumber : mstar.com.my