Showing posts with label Punca Kaka Azraff Disamakan Dengan Lembu. Show all posts
Showing posts with label Punca Kaka Azraff Disamakan Dengan Lembu. Show all posts

Wednesday, March 4, 2015

Punca Kaka Azraff Disamakan Dengan Lembu

Penyanyi Kaka Azraff menyifatkan komen yang menyamakannya dengan seekor lembu gara-gara mengenakan cincin hidung dalam satu sesi fotografi berkonsepkan Bollywood sebagai tidak adil dan bersifat jahat.


Punca Kaka Azraff Disamakan Dengan Lembu, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kaka azraff

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 26, bagaimanapun berkata, dia tidak mengambil hati terhadap komen tersebut kerana masyarakat tidak mengetahui cerita sebenar dia memakai aksesori itu.

"Biarpun saya merasakan komen menyamakan saya seperti lembu itu adalah yang paling jahat tetapi saya tidak ambil hati kerana mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Tambahan pula saya tidak menjelaskan apa sebabnya saya berpakaian sedemikian sehingga mereka sanggup berkata sebegitu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Kaka berkata, gambar berkenaan diambil ketika menjayakan sebuah sesi fotografi seorang penuntut universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang sedang menyiapkan projek akhirnya.


Punca Kaka Azraff Disamakan Dengan Lembu, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kaka azraff
Kaka tidak ambil hati kritikan 'keyboard warrior' terhadapnya berhubung isu mengenakan cincin hidung dalam satu sesi fotografi baru-baru ini. Foto Instagram KAKA AZRAFF.

Jelas Kaka, dia memakai cincin hidung itu bagi menyesuaikan konsep yang diketengahkan oleh pelajar berkenaan iaitu Bollywood dan sebagai seorang model dia hanya mengikut tema yang ingin dilakukan.

"Saya setuju menjayakan projek itu kerana tidak sebelum ini tidak pernah menjayakan tema Bollywood selain ingin menyokong pelajar berkenaan yang ingin menggunakan selebriti untuk projek mereka.

"Hendak salahkan 'keyboard Warrior' yang menghentam saya pun tidak boleh juga kerana sebelum ini saya tidak pernah menjelaskan mengapa saya berpakaian dan menggunakan aksesori sedemikian sehingga timbul salah faham," katanya.

Tambah Kaka lagi, dia tidak mempunyai sebarang halangan untuk menjayakan konsep tersebut dan menyerahkan kepada pelajar berkenaan kerana itu adalah projeknya.

"Saya tidak boleh masuk campur urusan konsep yang hendak disampaikan kerana itu projek mereka dan saya sebagai model hanya ikut sahaja," katanya.

Dalam perkembangan lain, Kaka berkata, dia bakal melancarkan single terbaharunya yang turut menampilkan kumpulan Sleeq iaitu Bukan Hal Aku dalam sebuah majlis pada 24 Mac ini.

Sumber : mstar.com.my