Showing posts with label Punca Sherry Ibrahim Disingkirkan Kontrak Laugh Out Loud. Show all posts
Showing posts with label Punca Sherry Ibrahim Disingkirkan Kontrak Laugh Out Loud. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

Punca Sherry Ibrahim Disingkirkan Kontrak Laugh Out Loud

Pelakon wanita Sherry Ibrahim menafikan penamatan kontrak bersama Laugh Out Loud (LOL) Entertaiment disebabkan masalah peribadi atau sebaliknya.


Punca Sherry Ibrahim Disingkirkan Kontrak Laugh Out Loud, info, terkini, hiburan, sensasi, Pelakon Sherry Ibrahim kontroversi, gossip

Sherry sudah lama berkeputusan untuk keluar daripada pengurusan LOL kerana kontrak yang dimeterai hanya 2 tahun sahaja. Antara artis naugan LOL ialah Dafi, Rozita Che Wan dan Jihan Muse.

“Sekarang ini saya bergerak sendirian  tiada sebarang pihak pengurusan artis, kalau ditanya saya adakah berbaloi berkeputusan demikian, saya rasa okay sahaja.

“Lagipun ianya bergantung kepada pendirian setiap individu, kalau mereka selesa dengan pengurusan artis maka tidak salah pun untuk mengunakan khidmat tersebut kerana lebih memudahkan untuk laksana pelbagai urusan,” ujar Sherry kepada portal Murai.com.m

Sherry yang ditemui para wartawan di Majlis Tayangan Perdana Bersama Peminat Filem Suamiku Encik Perfect 10 di TGV KLCC turut mendedahkan masih ingin meneruskan karier seni dalam bidang nyanyian.

“Semasa saya dibawah LOL, saya dah rekod 3 lagu cuma tak tahu bila nak ‘release’ di corong-corong radio, kerana saya serahkan kepada mereka untuk membuat keputusan,” katanya dengan selamba.

Dalam perkembagan lain, Sheery baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama 60 episod yang bertajuk Keluarga Karaoke yang turut dibintangi oleh Raja Ema dan Elyana.

“Saya terima tawaran ini kerana dapat bergandingan semula dengan Elyana, kali terakhir saya bekerjasama dengan dia ialah dalam drama Renjis kira-kira 7 tahun yang lalu.

“Drama Renjis yang telah menaikkan nama kami berdua, apa yang saya harapkan ‘comeback’ kali ini dapat mengulangi kejayaan lakonan dan karier saya dan Elyana.”

Sumber : murai.com.my