Showing posts with label Rihanna dilantik sebagai pengarah kreatif Puma. Show all posts
Showing posts with label Rihanna dilantik sebagai pengarah kreatif Puma. Show all posts

Saturday, December 20, 2014

Rihanna dilantik sebagai pengarah kreatif Puma

Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Take a Bow", Rihanna telah di lantik sebagai pengarah kreatif untuk jenama pakaian sukan terkemuka Puma, walaupun pada mulanya ramai menyangka ia hanyalah kerjasama biasa antara selebriti.


Rihanna dilantik sebagai pengarah kreatif Puma, info, terkini,hiburan, sensasi, Rihana, Hollywood celebrities,

Memetik laporan daripada WWD, Rihanna akan membuat rekaan terbaru dan sekali gus akan di masukkan ke dalam portfolio produk syarikat tersebut.

"Saya berasa sangat teruja. Saya ingin menjadikan kasut ataupun aksesori lebih moden tetapi masih menyerlahkan gaya klasik dan menyuntik elemen remaja supaya kelihatan seperti saya."

Selain itu, Rihanna juga akan bertindak sebagai duta bersama-sama Usain Bolt dan Mario Balotelli sebagai bintang untuk kempen musim sejuk Puma 2015.

Sebelum ini Rihanna pernah menggayakan rekaan daripada Louis Vuitton, Gucci, Emporio Armani dan Balmain.

Ketua Pegawai Eksekutif Puma , Bjorn Gulden berkata, pengambilan Rihanna sebagai wajah baru untuk Puma, mampu memberi inpirasi kepada wanita lain dan diharap akan bergerak maju kehadapan seiring jenama sukan yang lain.

"Pengambilan Rihanna adalah langkah terbaik untuk Puma. Karisma dan profilnya sangat sempurna untuk jenama ini. Selain itu, apa yang paling penting adalah kemahirannya dalam bidang sukan mampu memberi inspirasi kepada wanita lain."

Baca : Bekas Suami Abby Abadi, Farhan Sedia Jadi Pelakon 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif