Showing posts with label Rozita Che Wan Izin Anak Lelakinya Kahwin Diusia Muda. Show all posts
Showing posts with label Rozita Che Wan Izin Anak Lelakinya Kahwin Diusia Muda. Show all posts

Friday, January 9, 2015

Rozita Che Wan Izin Anak Lelakinya Kahwin Diusia Muda

Sebut sahaja nama pelakon, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta sudah terbayang-bayang penampilan jelitanya.

Isteri kepada Zain Saidin ini bukan sahaja pandai menjaga penampilan dirinya malah turut dikenali sebagai seorang ibu yang menyayang.

Rozita Che Wan Izin Anak Lelakinya Kahwin Diusia Muda, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, ammar effendy,

Haaaa… lihat sahajalah cara didikan Che Ta hingga anaknya Ammar Effendy mampu cemerlang dalam pelajaran.


Rozita Che Wan Izin Anak Lelakinya Kahwin Diusia Muda, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, ammar effendy,

Namun, seperti biasa sebagai seorang anak kepada artis terkenal, sedikit sebanyak jejaka sulung Che Ta menerima tempias hingga kisah cintanya turut menjadi kontroversi media tempatan.

Ingat tak, yang kecoh sebentar perihal anak lelaki Che Ta yang pergi melancong bersama kekasihnya di Maldives pada Disember lalu?


Rozita Che Wan Izin Anak Lelakinya Kahwin Diusia Muda, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, ammar effendy,
Gambar yang diambil Ammar ketika bercuti di Maldives bersama kekasihnya.

Rupa-rupanya Che Ta telah menjelaskan isu sebenar di mana anak sulungnya bukanlah berdua-dua seperti yang digosipkan sebelum ini.

Memetik laporan mStar Onine, Ammar dikatakan telah mengikuti percutian tersebut bersama keluarga kekasihnya.

Malah, Che Ta turut akui yang dia sekeluarga amat rapat dengan keluarga kekasih anaknya, Ammar Effendy.

“Saya tahu dia (Ammar) ada kekasih dan saya tahu mereka pergi bercuti di Maldives bersama. Mereka bukan pergi berdua tetapi bersama keluarga sebelah perempuan itu.

“Saya izinkan kerana saya memang mengenali dan baik dengan mereka,” ujarnya

Wah, beruntung sungguh Ammar memiliki ibu yang bukan sahaja popular malah amat memahami kehendak anak sendiri.

Lebih mengejutkan, Che Ta memberitahu tidak akan menghalang jika anak lelakinya itu mempunyai niat untuk berkahwin di usia muda.

“Kalau sudah sampai jodoh untuk dia berkahwin pada usia muda saya tiada halangan. Saya pun dahulu kahwin muda pada usia 20 tahun,” katanya.

Baguslah… benda yang baik buat apa dihalang-halang kan? Apa yang penting pastinya Che Ta mempunyai perancangan yang baik untuk anak-anaknya.

Baca : Suami Muflis, Rumah Umie Aida Dilelong? 


Sumber : mynewshub.cc