Showing posts with label Rumah Tangga Gitaris 'Guns N' Roses' Dilanda Masalah. Show all posts
Showing posts with label Rumah Tangga Gitaris 'Guns N' Roses' Dilanda Masalah. Show all posts

Thursday, January 1, 2015

Rumah Tangga Gitaris 'Guns N' Roses' Dilanda Masalah

Pada tahun 2010, gitaris kumpulan Guns N' Roses iaitu Slash dan isterinya, Perla Ferrar pernah bercerai namun mereka kembali rujuk dan bernikah semula pada tahun 2011.


Rumah Tangga Gitaris 'Guns N' Roses' Dilanda Masalah, info, terkini, hiburan, gossip, slash,
Slash dan Perla berpisah selepas 13 tahun berkahwin.
Bagaimanapun menurut laporan Dailymail, hubungan pasangan itu kembali bermasalah dan mereka dikhabarkan tidak lagi tinggal bersama.

Difahamkan, Perla telah ke Hawaii bersama dua anaknya iaitu London dan Anthony, meninggalkan Slash sendirian di California, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, pasangan itu belum memfailkan perceraian di mahkamah.

Slash dan Perla bernikah pada Oktober 2001 di Hawaii. Sepanjang 13 tahun berumahtangga, hubungan pasangan itu sering dilanda pelbagai masalah.

Baca : Othman Hafsham Tegur Pelawak Muda Kurang Ilmu Pengetahuan  

Sumber : mstar.com.my