Showing posts with label SENIMAN Akui Memang Ada Artis Jadi Gadis Peneman VVIP. Show all posts
Showing posts with label SENIMAN Akui Memang Ada Artis Jadi Gadis Peneman VVIP. Show all posts

Monday, January 26, 2015

SENIMAN Akui Memang Ada Artis Jadi Gadis Peneman VVIP

Kalau anda ada terbaca Harian Metro beberapa hari lalu, pasti anda akan terkejut membaca pendedahan tentang aktiviti sekurang-kurangnya 10 orang pelakon yang menjadi gadis peneman atau dalam bahasa omputihnya, escort girl kepada VVIP tempatan. Bayaran yang diterima oleh escort girl ini sekitar RM3,000 sehingga RM10,000 untuk satu malam. Kesemua pelakon yang menjadi escort girl ini kini sedang berada di dalam perhatian pihak polis.


SENIMAN Akui Memang Ada Artis Jadi Gadis Peneman VVIP, info terkini, hiburan, sensasi, gossip,  kontroversi,


Mula-mula macam tak percaya juga dengan apa yang dibaca. Biasalah berita kadangkala akan disensasikan untuk menarik perhatian pembaca. Namun apabila presiden SENIMAN iaitu Zed Zaidi membuat pengakuan tentang kewujudan aktiviti tidak bermoral ini, memang terkejut dibuatnya. Terus tertanya-tanya siapakah 10 gadis peneman ini. Teringin nak tahu. Kata Zed Zaidi:-

    Perkara seperti ini memang wujud. SENIMAN bersedia bekerjasama dengan pihak polis dalam hal ini dan membersihkan industri daripada gejala yang boleh merosakkan imej.

    Kami dapat aduan mengenai ada orang kenamaan (VVIP) yang menggunakan artis sebagai peneman dan ini secara tak langsung mencemar nama artis itu sendiri.

    Kami terdedah dan berjumpa dengan ramai orang. Mungkin ada yang fanatik ini akan buat apa saja untuk bersama dengan artis yang mereka minat. Jadi bila artis itu terjebak dan bermesra dengan seseorang, lama kelamaan dia boleh jadi teman.

    Nasihat saya, pandai-pandailah bawa diri dalam mencari rezeki. Banyak lagi tanggungjawab sosial yang boleh dibuat. Kalau rasa tak boleh, jangan jadi artis kerana kita ada peminat, kita dekat di hati masyarakat, jangan rosakkannya


SENIMAN Akui Memang Ada Artis Jadi Gadis Peneman VVIP, info terkini, hiburan, sensasi, gossip,  kontroversi,


Diharap sekiranya pihak polis membuat tangkapan kelak, janganlah hanya artis sahaja yang ditangkap. Tangkap sekali VVIP yang melaburkan wang mereka untuk mendapatkan escort girl daripada golongan artis ini. Kami percaya hanya segelintir sahaja artis wanita yang melakukan aktiviti tidak bermaruah ini. 

Janganlah hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelenga. Diharap mereka yang terlibat ini segera insaf dan meningkatkan lagi kualiti lakonan/nyanyian, bukannya menjual badan untuk keuntungan. Sumber Harian Metro.