Showing posts with label Salamiah Hassan. Show all posts
Showing posts with label Salamiah Hassan. Show all posts

Wednesday, December 3, 2014

Salamiah Hassan Selar Orang Yang Kutuk Ifa Raziah Di GegarVaganza!

Penghibur versatil, Salamiah Hassan menyelar sikap segelintir pihak yang tidak sudah-sudah mengutuk Ifa Raziah sepanjang penyanyi itu melibatkan diri di dalam program Gegar Vaganza.


Salamiah Hassan, ifa raziah, gosip, hiburan, sensasi, gegar vaganza, artis,

"Saya tidak faham kenapa orang tidak sudah-sudah hendak kutuk dia? Biarlah dia. Setiap orang punya cara yang berbeza. Itu cara dia. Biarlah dia dengan cara dia.

"Lagipun, dia tak buat apa-apa salah pada orang lain pun. Dia cari rezeki yang halal di dalam industri ini dan dia sangat bekerja keras untuk cari duit.

"Bukan dia buat benda tidak elok atau tidur dengan jantan untuk cari duit," kata Salamiah Hassan kepada Portal Murai.

Menurut Salamiah Hassan lagi, dia kasihan melihat cara segelintir masyarakat mengutuk penyanyi dangdut tersebut.

"Saya tidak faham dengan sikap segelintir masyarakat sekarang. Terlalu judgemental atau sering jatuh hukum terhadap apa saja yang orang lain buat.

"Saya harap Ifa Raziah akan terus kuat dan janganlah baca apa yang orang tulis atau kutuk tentang di dalam online," katanya lagi.

Ibu kepada penyanyi Raja Puteri Atilia Raja Haron atau Atilia Haron ini juga turut menyatakan rasa gembira kerana anak lelakinya, Raja Ahmad Shah iaitu adik kepada Atilia bakal mendirikan rumahtangga dengan tunangnya pada bulan Januari akan datang.

Baca : 3 Foto Ifa Raziah Yang Memukau
 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif