Berpatah arang sungguh bunyi tajuk di atas namun itulah hakikatnya yang keluar sendiri dari mulut pelakon Sara Ali tentang hubungannya dengan Nur Fazura yang kini semakin renggang seperti diakui kedua dua belah pihak kini.
Namun, Sara Ali yang bercakap kepada mStar Online hari ini enggan mendedahkan apa puncanya mereka berdua kini sudah tidak serapat dahulu dan enggan mengulas lanjut malah meminta supaya semua persoalan diajukan sendiri kepada Fazura.
“Saya tidak okay dengan dia dan tidak akan ok. Enough (cukuplah). Selebihnya saya tidak ada apa hendak komen. Entah. Saya tidak tahu apa benda. Tanya dia, jangan tanya saya,” ujarnya.
Terdahulu, menerusi ruangan komen di Instagram Sara Ali ada menulis yang tiada apa perlu beliau takutkan atas apa yang terjadi kerana Fazura bukannya Tuhan.
Berdasarkan apa yang dilaporkan media & kenyataan dari kedua dua pelakon ini nampaknya ada konflik yang serius antara Sara Ali dan Fazura. Peminat pastinya berharap yang perkara ini tidak berlarutan dan mereka boleh mencari kata sepakat.
Baca : Gambar Nabila Huda Berskirt Main Tenis
Terdahulu, menerusi ruangan komen di Instagram Sara Ali ada menulis yang tiada apa perlu beliau takutkan atas apa yang terjadi kerana Fazura bukannya Tuhan.
Berdasarkan apa yang dilaporkan media & kenyataan dari kedua dua pelakon ini nampaknya ada konflik yang serius antara Sara Ali dan Fazura. Peminat pastinya berharap yang perkara ini tidak berlarutan dan mereka boleh mencari kata sepakat.
Sumber : rotikaya.com