Showing posts with label Sharifah Sakinah Bawa BFFs Ke Bali Raikan Bachelorette Party. Show all posts
Showing posts with label Sharifah Sakinah Bawa BFFs Ke Bali Raikan Bachelorette Party. Show all posts

Sunday, January 18, 2015

Sharifah Sakinah Bawa BFFs Ke Bali Raikan Bachelorette Party

Wah! Sekarang ini main ramai orang-orang kita yang raikan Bachelor atau Bachelorette Party bersama rakan-rakan karib mereka biarpun hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk mereka melangsungkan pernikahan atau majlis resepsi.



Sharifah Sakinah Bawa BFFs Ke Bali Raikan Bachelorette Party, info, terkini, hiburan, sensasi, Sharifah Sakinah

Golongan selebriti tempatan juga tidak terkuali mengadakan meraikan Bachelor atau Bachelorette Party dan ianya dilakukan sekadar suka-suka sebelum mereka melepaskan title atau gelaran sebagai lelaki atau wanita single.

Biarpun sebelum ini, Sharifah Sakinah bersama tunangnya iaitu Aliff Adha Jamil sudah sepakat untuk melangsungkan pernikahan pada 28 Mac 2015,  namun dia nampaknya lebih awal lag mahu  meraikan Bachelorette Party bersama BFFs rapatnya iaitu Marsha Milan Londoh, Siti Saleha, Jihan Musa, Nabila Huda, Elfira Loy, Nad Zainal, Tasha Shilla, Kaka Azraf dengan Sherry Alhadad.

Dalam akaun instagramnya, Sharifah Sakinah telah memuatnaik beberapa keping gambarnya bersama kesemua BFFs itu kira-kira  4 jam di kawasan lapangan terbang Air Asia serta di dalam pesawat penerbangan tambang murah tersebut.


Dalam gambar-gambar tersebut,  Sharifah Sakinah telah mengenakan veil sebagai tanda bahawa dia adalah bakal pengantin dan di dalam kapsyen gambar tersebut, pelakon jelita ini telah meletakkan hashtag #BridalShower dengan #FunGirlsVacaywithAirAsia.

Apapun,kami cukup tertarik melihat  gelagat Sharifah Sakinah bersama kesemua BFFsnya ketika berada di dalam pesawat Air Asia.

Semuanya nampak happy ketika berposing. Kalau dah ramai-ramai macam tu, sure kecoh dalam pesawat Air Asia tu kan. Maklumkan perangai masing-masing semuakan gila-gila.

Lebih-lebih lagi kalau ada Jihan Musa, Marsha Milan, Nabila Huda dengan Sherry Alhadad. Sharifah Sakinah sendiri pun apa kurangnya. Anyway, have fun girls!









Sumber : murai.com.my