Penampilan terbaru Shera Ayob, isteri kepada Zahiril Adzim telah menimbulkan tanda tanya sama ada dirinya kini telah berhijrah memakai tudung sepenuhnya. Ia dikuatkan lagi apabila kesemua gambar dirinya tidak menutup aurat telah pun dibuang daripada akaun Instagramnya.
Malah di dalam gambar terbaru yang dimuatnaik oleh Zahiril Adzim, caption yang ditulis ialah ‘dating dengan awek baru’. Kemungkinan ‘awek baru’ yang dimaksudkan ialah imej baru isterinya itu.
Apa pun Shera Ayob memang tampak lebih jelita, menawan dan anggun apabila mengenakan tudung. Semoga penghijrahan ini benar-benar berlaku. Pasti kesemua peminat akan gembira dengan perubahan yang amat dinanti-nantikan ini. Sama-samalah kita nantikan penjelasan sepenuhnya daripada empunya badan.
Lagi beberapa gambar Shera Ayob dengan imej bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Sumber : Beautifulnara.com