Showing posts with label Suami Sebelah Rumah. Show all posts
Showing posts with label Suami Sebelah Rumah. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

Punca Izzue Islam Enggan Sentuh Heroin?

Pelakon Izzue Islam, menafikan syarat enggat bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita gandingannya selepas ini yang telah dibuatnya, adalah kerana isterinya seorang yang kuat cemburu.


Punca Izzue Islam Enggan Sentuh Heroin?, info, terkini, hiburan, sensasi, Izzue Islam, Suami Sebelah Rumah, gosip terkini,

Sebaliknya menurut Izzue, prinsip yang diamalkan itu demi menjaga statusnya sebagai seorang suami, juga bertujuan menjaga maruah pelakon wanita yang digandingkan bersamanya dalam mana-mana naskhah filem mahu pun drama.

“Ya, saya ada meletakkan syarat agar tidak ada adegan bersentuhan antara saya dengan pelakon wanita dalam beberapa drama yang saya lakonkan kebelakangan ini.

“Saya rasa ia adalah untuk menjaga status saya sebagai lelaki sudah berkahwin dan untuk menjaga maruah pelakon wanita itu juga,” katanya memetik laporan mStar.


Punca Izzue Islam Enggan Sentuh Heroin?, info, terkini, hiburan, sensasi, Izzue Islam, Suami Sebelah Rumah, gosip terkini,

Drama pertama yang akan memperlihatkan prinsip Izzue itu adalah Suami Sebelah Rumah yang bakal ditayangkan di TV3, Mac depan yang turut dijayakan heroin, Ayda Jebat.

Izzue yang bertegas prinsip tersebut mempunyai kaitan dengan isterinya, Nurinafilah Waharudin (Awin) berkata:

“Keputusan itu atas diri sendiri dan bukannya sebab isteri saya cemburu atau tidak. Dia tidak mempengaruhi keputusan yang saya lakukan.

“Saya berbuat demikian kerana memikirkan ia adalah hal saya sebagai seorang lelaki yang menjadi suami orang,” ujarnya lagi.

Baca : Foto Malam Berinai Yaya Maembong dan Wan Raja 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif