Tindakan penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Syahrini memuat naik gambar sekumpulan pekerja sedang menyembahnya mendapat kecaman sebilangan besar pengikutnya di Instagram.
Menurut mereka, tindakan Syahrini dilihat agak keterlaluan dan salah disisi agama Islam yang mengharamkan penganutnya menyembah selain kepada Allah SWT.
Namun, menurut Syahrini, foto tersebut merupakan gurauan semata-mata dan dia tidak pernah terlintas untuk mencipta publisiti murahan seperti mana didakwa segelintir pihak.
Namun, menurut Syahrini, foto tersebut merupakan gurauan semata-mata dan dia tidak pernah terlintas untuk mencipta publisiti murahan seperti mana didakwa segelintir pihak.
“Saya seorang muslim dan sebagai salah seorang yang beragama Islam hanya Allah SWT yang harus disembah. Tiada tuan selain Allah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Tidak mungkin saya mahu mereka menyembah saya.
“Itu sekadar gurauan dan tidak bermaksud mahu menimbulkan kontroversi murahan. Sudah tertulis ianya ‘Just For Fun’,” katanya.
“Itu sekadar gurauan dan tidak bermaksud mahu menimbulkan kontroversi murahan. Sudah tertulis ianya ‘Just For Fun’,” katanya.
Sumber : mynewshub.cc