Showing posts with label Syamsul Yusof Jadi Pereka Jubah Muslimah?. Show all posts
Showing posts with label Syamsul Yusof Jadi Pereka Jubah Muslimah?. Show all posts

Thursday, October 2, 2014

Syamsul Yusof Jadi Pereka Jubah Muslimah?

Jika anda ikuti perkembangan Syamsul Yusof di Instagram, pasti anda perasan yang beliau baru baru ini ada memuat naik gambar promosi untuk jubah Muslimah dengan jenama Shara by Puteri Sarah. Jelas ianya untuk membantu perniagaan isterinya itu.


Syamsul Yusof Jadi Pereka Jubah Muslimah?, info, terkini, hiburan, sensasi, syamsul yusof, puteri Sarah Liyana,


Bercakap kepada Sinar Harian, Puteri Sarah Liyana mengakui yang suaminya Syamsul Yusof itu merupakan tulang belakang kepada perniagaan jubah Muslimah miliknya itu selain turut membantu dalam soal rekaan ketika ini.

“Bekerja di butik membuka minda saya untuk menghasilkan rekaan sendiri. Impian ini juga turut disokong suami. Dengan bantuannya, saya sudah mempunyai enam rekaan sendiri”

“Walaupun baru sahaja beroperasi secara online minggu lalu namun, sambutan diterima agak memberangsangkan, lagipun suami bertanggungjawab membantu mempromosikan rekaan saya ini,“ ujar Puteri Sarah yang nampak teruja dengan karier barunya itu.


Syamsul Yusof Jadi Pereka Jubah Muslimah?, info, terkini, hiburan, sensasi, syamsul yusof, puteri Sarah Liyana,


Dalam temubual yang sama, Puteri Sarah menolak dakwaan yang Syamsul Yusof seorang suami yang panas baran namun tidak menolak yang suaminya itu seorang yang serius ketika bekerja.

“Dia tegas bila perlu, dia bukan jenis yang tiba-tiba nak marah. Tetapi jika berkaitan dengan kerja, dia memang serius. Dia memang menjaga keperibadian saya, apa sahaja yang saya lakukan perlu mendapat persetujuan dan baik di matanya,” tambahnya lagi.

Sumber : rotikaya.com