Showing posts with label Tembual Eksklusif Bersama Hafiz Soal Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Tembual Eksklusif Bersama Hafiz Soal Kahwin. Show all posts

Wednesday, March 4, 2015

Tembual Eksklusif Bersama Hafiz Soal Kahwin

Sebagaimana diketahui peminat, Hafiz Suip baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan hatinya yang cuma dikenali sebagai Effy, penghujung bulan lalu.


Tembual Eksklusif Bersama Hafiz Soal Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, hafiz suip

Ada perkhabaran melaporkan, Hafiz dan tunangnya bakal melangsungkan pernikahan dalam jangka masa setahun.

Selagi tak bergelar suami isteri, kiranya mereka berdua dikira sedang mengharungi fasa ‘darah manis’.

Disogok tentang soalan kahwin ketika wawancara ekslusif bersama Mynewshub, Hafiz berkata dia kini sedang menunggu tunangnya menamatkan pengajian sebelum melangkah ke ‘fasa kedua’.


Tembual Eksklusif Bersama Hafiz Soal Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, hafiz suip


“Dia masih lagi dalam pengajian, so selepas dia selesai Insya-Allah saya akan meneruskan fasa kedua. Ini kerana saya menghormati keputusan tunang dan ibu bapanya.

“Saya tak nak pentingkan diri sendiri dan mengejar impian saya sahaja, saya nak lihat dia berjaya satu hari nanti. Jadi insya-Allah lepas selesai semuanya saya akan melangsungkan perkahwinan,” jelasnya.

Pada masa sama, Hafiz memberitahu dia terpaksa membuat rawatan susulan dalam tempoh setahun bagi memastikan kecederaan slipped-disc pada tulang belakang yang dihadapinya sekarang benar-benar sembuh.


Tembual Eksklusif Bersama Hafiz Soal Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, hafiz suip

Oleh itu, dia terpaksa mengurangkan aktiviti lasak dalam tempoh berkenaan.

“Doktor sarankan jangan buat kerja berat, angkat benda lebih tiga kilo dan jangan terlalu hyper.

“Seperti orang tahu saya ni jenis yang gila-gila, so sekarang saya kena gila yang tak boleh gila-gila,” katanya disusuli ketawa.


Bagi yang menonton klip video Awan Nano dan Matahari, pasti setuju bahawa Hafiz memiliki bakat yang boleh diasah dalam bidang lakonan.

Hafiz bagaimanapun, mempunyai alasan kukuh untuk hanya kekal dalam bidang nyanyian.

“Sebenarnya bukan saya tak nak terlibat bidang lakonan tapi saya sendiri berasakan tak sesuai untuk berlakon.

“Saya hormati pendapat orang yang berkata saya mampu berlakon namun saya sendiri masih ‘takut’ untuk berhadapan dengan kamera,” katanya.




Sumber : mynewshub.cc