Selepas lebih sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta, Bintang Akademi Fantasia 3 (AF3), Yazer, 32 dan Ekin, 30 bakal dinikahkan pada tanggal 26 Disember ini di kediaman keluarga Ekin di Labuan.
Ditemui selepas Anugerah Industri Muzik ke 21 pada hujung minggu lalu, pasangan itu kemudiannya akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan dihadiri keluarga kedua-dua belah mempelai pada 28 Disember ini di lokasi yang sama.
Yazer atau nama sebenarnya Mohd Yazer bin Yusof berkata, sememangnya dia tidak sabar untuk menamatkan zaman bujang bersama kekasih hati Ekin atau Norashikin binti Abdul Rahman yang telah dikenali sejak menyertai AF3 lagi.
“Itulah, akhirnya kami akan berkahwin juga. Memang lama kami berkawan dan selama itu juga banyak cabaran yang kami hadapi bersama.
“Alhamdulillah, akhirnya impian kami untuk bersama dengan ikatan yang sah akan terlaksana,” katanya dengan senyuman.
Jelas Yazer, meskipun majlis pernikahan dan juga resepsi akan diadakan di kampung halaman Ekin, tapi mereka berdua akan tetap pulang ke ibu negara selepas itu bagi meneruskan kehidupan seperti biasa.
Ini kerana, sama ada Ekin dan juga Yazer, masing-masing masih lagi aktif bergelar penyanyi dan sering menerima undangan nyanyian meskipun program realiti yang membabitkan mereka berdua sudah lama berlalu.
Sementara itu kata Ekin, dia mengharapkan doa dan kegembiraan daripada semua peminat supaya merestui perkahwinan mereka berdua.
“Memang majlis akan diadakan di Labuan, tetapi ada beberapa persiapan penting untuk majlis berkenaan yang perlu kami lakukan dari sini.
“Bagimanapun kami akan berkongsi gambar-gambar hari bahagia kami itu nanti kepada peminat semua menerusi pihak pengurusan yang kami lantik untuk berurusan dengan pihak media di Semenanjung,” katanya yang kelihatan cukup ayu.
Pasangan merpati dua sejoli itu sempat memberikan pose istimewa kepada portal murai.com.my dengan persalinan segak dan anggun yang digayakan ketika menghadiri anugerah berprestij berkenaan.
Baca : Nora Danish Ke Bali Sambut Birthday Nedim

Sumber : murai.com.my