Pelajar yang tersingkir pada minggu ketujuh AF2014 Adel kembali berentap bersama empat pelajar akhir iaitu Ewal, Firman, Nuha dan Aman selepas dia diterima kembali ke fakulti menerusi AF Serap yang baru pertama kali diwujudkan musim ini.
Keputusan tersebut diumumkan oleh pengetua AF2014 Dato’ Hattan sebaik sahaja selepas berlakunya penyingkiran Azwan.
Dato’ Hattan ketika ditemui berkata, pemilihan Adel adalah berdasarkan prestasinya yang sentiasa konsisten selain persembahannya yang sentiasa memukau.
“Bukan senang nak buat pilihan, tujuh orang yang tersingkir itu semuanya hebat belaka… Pemilihan Adel dibuat atas persetujuan tenaga pengajar dan pihak fakulti.
“Kami memilih setelah meneliti kesemua prestasi dan persembahan mereka dari minggu ke minggu.” katanya ketika ditemui Astro Gempak sebaik sahaja berakhirnya konsert separuh akhir AF2014 di Auditorium MBSA.
Persaingan pastinya bertambah sengit dengan kembalinya Adel di #AF2014.
Firman, Ewal, Adel, Nuha dan Aman bakal menunjukkan taring mereka di pentas akhir #AF2014.
Siapa yang bakal menjadi juara #AF2014?
Sama-sama kita nantikan.
Baca : Aril AF7 Kini Semakin Tenggelam?

Sumber : murai.com.my