Showing posts with label ajai. Show all posts
Showing posts with label ajai. Show all posts

Sunday, February 8, 2015

Kos Pembedahan Hidung Baru Ajai Berharga RM28 Ribu

Ajai akui telah membuat pembedahan hidung dengan kos rawatan mencecah sehingga RM 28 ribu. Namun Ajai membuat pembedahan hidung itu bukan kerana suka-suka tetapi bersebab.

Ini kenyataan dari Ajai: (kosmo)

"Memang benar saya menjalani pembedahan menukar batang hidung tetapi bukan untuk kecantikan, sebaliknya keputusan itu diambil selepas tiada jalan penyelesaian terhadap masalah sinus yang saya hadapi.

"Sebenarnya sudah berbelas tahun saya menghadapi masalah sinus dan ia semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Puncaknya, suatu hari apabila saya bangun daripada tidur saya dapati telinga sebelah kiri saya tidak boleh mendengar apa-apa.

"Jadi, saya terus buat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesyorkan untuk saya jalani pembedahan hidung supaya masalah yang sama tidak berulang"

"Sudah cuba tetapi semuanya tidak membuahkan hasil. Bagi menggelak masalah berlarutan saya makan ubat tetapi doktor kata kalau sentiasa ambil ubat akan merosakkan buah pinggang. Mahu tidak mahu, saya terpaksa serah diri pada pisau bedah kerana gegendang telinga saya sudah rosak dan sinus saya banyak tersumbat di batang hidung. Jika saya tidak boleh mendengar macam mana saya mahu cari pendapatan kerana kerja saya memerlukan saya mendengar dengan teliti."

"Saya bukan bedah hidung untuk nampak cantik tetapi atas faktor kesihatan. Jika fikirkan balik kos RM28,000 itu bukan murah tetapi saya terpaksa. Sekarang sudah tiga bulan selepas pembedahan, barulah saya dapat biasakan diri dengan hidung baharu ini".

Kalau kerana kesihatan dalam Islam sendiripun membenarkan pembedahan. Sementara itu tubuh Ajai juga semakin sasa. Ajai memberitahu dia kini kerap ke gimnasium untuk bersenam.

Kos Pembedahan Hidung Baru Ajai Berharga RM28 Ribu , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Ajai

Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

Friday, December 5, 2014

RM15,000 Untuk Dapatkan Amelina Buat Persembahan Pentas?

Selepas 15 tahun tidak muncul di mana mana pentas persembahan mahu pun lagu baru, Amelina nampaknya tidak mahu mengalah dengan harga pasaran semasa kepada penyanyi penyanyi yang lebih junior. Ada khabar mengatakan bayaran beliau kini mencecah puluhan ribu ringgit.


RM15,000 Untuk Dapatkan Amelina Buat Persembahan Pentas?, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, amelina, ajai


Syarikat pengurusan Wake The Baby milik Ajai, tempat di mana Amelina bakal bernaung selepas ini tampil memberikan jawapan terhadap dakwaan bayaran mahal yang dikenakan penyanyi dangdut itu untuk kembali beraksi di atas pentas.

Artikel Terdahulu :  

“Kami ada menerima beberapa permintaan daripada penganjur persembahan di Singapura untuk acara korporat, namun kami masih belum mengesahkannya lagi”

“Dari harga yang kami beri tidaklah terlalu mahal kerana kalau dulu harga dia RM7,000. Sekarang kadarnya dalam dua kali ganda bersesuaian dengan suasana ketika ini. Takkanlah nak ikut harga lama juga. Harga tersebut masih boleh dibincangkan lagi,” ujar pengurus artis syarikat itu.

Namun jelasnya lagi, Amelina masih belum menerima tempahan persembahan dari dalam Malaysia sendiri dan jika ada pun, beliau tidak akan menerimanya kerana masih belum bersedia.

“Insya-Allah selepas lagu baru dia siap barulah kami akan terima tawaran persembahan korporat,” tambahnya yang turut berkata syarikat sudah ada perancangan tersendiri untuk kembali menaikkan nama Amelina dalam dunia hiburan.

Baca : Penerbit Muzik Pernah Rogol Lady Gaga 

Sumber : aans1.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Wednesday, December 3, 2014

Pengurusan Jawab Isu Bayaran Mahal Amelina

Syarikat pengursan artis iaitu Wake The Baby menyangkal dakwaan segelintir pihaknya kononnya syarikat itu mengenakan bayaran tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit kepada mana-mana individu dan syarikat korporat yang ingin menawarkan persembahan kepada penyanyi Amelina.


Pengurusan Jawab Isu Bayaran Mahal Amelina, info, terkini, sensasi, amelina, gosip, kontroversi, ajai,
Liza bersama suaminya komposer Ajai.

Pengurus artis syarikat berkenaan, Liza Ilias berkata, sebut harga yang diberikan bersesuaian dengan nilai pasaran sekarang, apatah lagi penyanyi tersebut mempunyai nama yang kukuh dalam industri muzik sebelum ini.

"Kami ada menerima beberapa permintaan daripada penganjur persembahan di Singapura untuk acara korporat, namun kami masih belum mengesahkannya lagi


Artikel Terdahulu :


"Daripada harga yang kami beri tidaklah terlalu mahal kerana kalau dulu harga dia RM7,000. Sekarang kadarnya dalam dua kali ganda bersesuaian dengan suasana ketika ini. Takkan nak ikut harga lama juga. Bagaimanapun, harga tersebut masih boleh dibincangkan lagi," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini pada Rabu.


Pengurusan Jawab Isu Bayaran Mahal Amelina, info, terkini, sensasi, amelina, gosip, kontroversi, ajai,
Amelina belum bersedia buat persembahan pentas.

Liza berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin syarikat Wake The Baby yang dimilikinya dan suami, komposer Ajai telah meletakkan sebut harga tinggi bagi sesebuah persembahan melibatkan Amelina sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Tindakan itu dikatakan bakal meranapkan kerjaya seni Amelina kerana ratu dangdut itu sedang membuat kemunculan semula selepas sekian lama menghilangkan diri.

Jelas Liza, buat masa ini pihak mereka masih belum menerima mana-mana permintaan persembahan berikutan penyanyi tersebut sendiri belum lagi bersedia.

"Permintaan dalam Malaysia belum ada lagi cuma kami aturkan rangka promosi dengan beberapa media. Kami pun tidak menerima jemputan mana-mana persembahan kerana Amelina sendiri belum bersedia melakukannya.

"Insya-Allah selepas lagu baru dia siap barulah kami akan terima tawaran persembahan korporat," katanya.

Dalam pada itu, Liza berkata pihak pengurusan sudah merancang beberapa strategi untuk meletakkan semula nama penyanyi itu dalam industri hiburan tanah air.

Katanya, selepas lagu baharu tersebut siap sepenuhnya, Amelina sendiri akan turun padang menyerahkan lagu tersebut kepada pihak stesen radio.

Baca : 8 Gambar Pernikahan Zuan Bikin Panas 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif