Showing posts with label amelina. Show all posts
Showing posts with label amelina. Show all posts

Tuesday, November 25, 2014

Amelina Buat Tiga Kali Solat Istikharah Sebelum Kembali Menyanyi

Penyanyi dangdut Amelina mendedahkan dia telah membuat sebanyak tiga kali solat istikharah sebelum memutuskan untuk kembali ke dunia hiburan.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ratu dangdut, amelina,


Amelina atau nama sebenarnya, Nurazlina Amir Sharifuddin, 40, berkata, dia yakin kemunculan semulanya di industri seni tanah air selepas 15 tahun menghilangkan diri adalah pada masa yang sesuai dan tepat.

"Saya sudah lama memikirkan untuk kembali semula sebagai penyanyi namun banyak perkara yang saya fikirkan membantutkan usaha itu.

"Sehingga saya buat tiga kali solat istikharah, barulah saya dapat jalan dan keyakinan untuk teruskan niat ini pada masa yang sangat sesuai," ujarnya kepada mStar Online.

Amelina ditemui pada satu sidang media kemunculan semulanya yang diadakan di Di Nartwork Studio, dekat sini, Isnin.

Penyanyi yang popular pada zaman 90-an menerusi lagu Rindu ini memberitahu keputusan itu disokong oleh ibu dan enam orang anaknya.

Bagaimanapun, Amelina berkata, kemunculan kali ini membawa imej yang bersesuaian dengan umur dan statusnya sebagai seorang ibu.

"Saya akan tampil dengan gaya baru yang tidak terlalu seksi kerana perlu menjaga maruah anak-anak yang semakin membesar serta ibu.

"Lagi pula saya dikenali tanpa tarian seksi atau gelek, jadi tiada masalah tentang tarian kerana orang hanya ingin dengan lagu dan suara saya sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas tentang pasaran industri dangdut yang kurang mendapat perhatian, Amelina mengakui sedih dengan perkara tersebut.

Katanya, dia sendiri tertanya-tanya adakah jika dia tidak menghilangkan diri genre tersebut masih bertahan hingga sekarang.

"Sudah tentu saya sedih melihat lagu dangdut sudah tidak dapat perhatian seperti dahulu dan terpinggir.

"Saya juga ada terfikir bagaimana kalau saya tidak menghilang dahulu, adakah ia masih bertahan hingga kini.

"Apa pun saya akan cuba kembalikan genre ini dengan cara baru nampak mahal dan tidak terus dilabel sebagai muzik kampung," katanya.

Sementara itu, Amelina berkata, dia kini masih dalam proses mencari masa yang sesuai untuk proses rakaman bersama komposer Ajai dalam masa terdekat.

Katanya, single terbaharu itu bakal dikeluarkan pada pertengahan Disember depan.

"Kami masih dalam perbincangan tentang lagu dan proses untuk masuk studio untuk rakaman. Saya memang agak gementar sebab sudah lama tidak masuk studio merakam lagu.

"Saya yakin Ajai dapat memberikan yang terbaik sesuai dengan peredaran lagu masa kini," ujarnya.

Baca : Didie Alias Rancang Mengarah Drama 
Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Monday, November 24, 2014

4 Foto Penampilan Terbaru Ratu Dangdut, Amelina

Penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Dangdut dek pengaruh beliau dalam dunia muzik tersebut pernah tiba tiba hilang dari dunia hiburan tanpa khabar berita selepas berkahwin dan baru baru ini timbul isu mengatakan dirinya sudah kembali tidak bertudung.

Amelina tampil bertemu media hari ini untuk memberikan penjelasan tentang keadaan dirinya kini dan perancangan untuk kembali aktif dalam dunia hiburan selepas 15 tahun menyepi.

“Saya akui berkahwin adalah antara alasan saya meninggalkan dunia nyanyian dulu. Tapi kembali aktif selepas 15 tahun ini, saya lebih selesa untuk membiarkan ia menjadi satu kisah peribadi yang tidak dikongsikan dengan sesiapa. Saya amat berharap agar semua pihak dapat menghormati pendirian saya kerana ia membabitkan banyak pihak,” ujarnya.

Amelina yang kini sudah mempunyai enam orang anak turut mengulas tentang isu gambar beliau yang dilihat kini sudah tidak bertudung.

“Jujur saya katakan yang semua itu hanya spekulasi kerana saya belum lagi bertudung penuh. Namun saya akui gambar itu adalah saya yang mengenakan tudung ketika itu. Tapi itu disebabkan saya terpaksa pakai tudung bagi menutup wajahsaya bagi mengelak dari sesiapa mengenali saya”

“Saya tidak yakin dan malu untuk muncul di khalayak ramai lebih lagi dengan mana-mana pihak yang mengenali saya. Tapi kini adalah masa paling sesuai untuk saya muncul dengan penampilan baru selepas menyusun dan merencana langkah dengan tersusun,” tambahnya.

Bagi peminat setia Amelina, ini pastinya sesuatu yang dinantikan. Selepas ini boleh kembali lihat aksi Ratu Dangdut ini membawakan lagu genre kegemaran anda.


4 Foto Penampilan Terbaru Ratu  Dangdut, Amelina, info, terkini, hiburan, sensasi, Ratu Dangdut

4 Foto Penampilan Terbaru Ratu  Dangdut, Amelina, info, terkini, hiburan, sensasi, Ratu Dangdut

4 Foto Penampilan Terbaru Ratu  Dangdut, Amelina, info, terkini, hiburan, sensasi, Ratu Dangdut

4 Foto Penampilan Terbaru Ratu  Dangdut, Amelina, info, terkini, hiburan, sensasi, Ratu Dangdut


Baca : Hafiz Suip Lapor Polis Hilang Mikrofon? 

Sumber : plbgaimacam.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Thursday, November 20, 2014

Wajah Terbaru Penyanyi Dangdut Amelina!

Selepas 15 tahun menyepi, penyanyi yang pernah digelar 'Ratu Dangdut', Amelina muncul kembali. Amelina yang cukup popular dengan lagu Rindu dan Asyik pada tahun 1995, memilih komposer terkenal, Mohd Faizal Maas atau Ajai untuk menawan semula hati peminat. Amelina yang mesra disapa Alin, kini bernaung di bawah syarikat milik Ajai, Wake The Baby Sdn Bhd.


Penyanyi Dangdut Amelina

"Semua yang berlaku sebelum ini adalah proses kehidupan yang banyak mengajar saya menjadi individu lebih tabah, kuat dan bersemangat. Kehilangan saya adalah sesuatu yang begitu peribadi untuk saya kongsi secara terperinci. "

Saya memilih untuk tidak mengenang kisah silam. Justeru, saya kuatkan hati, bulatkan rasa dan lupakan segala kisah itu untuk terus hidup dan memandang ke depan," katanya dalam kenyataan kepada BH Online.

Pada tahun 1999, Amelina tiba-tiba menghilang dari industri seni ketika namanya melonjak dengan rangkaian lagu popular. Mengulas lanjut mengenai kemunculan semulanya itu, beliau berkata, segala-galanya bermula, Oktober lalu apabila beliau menghubungi Ajai.

"Saya berbincang untuk kembali menyanyi. Hari ini, saya muncul untuk menyatakan saya sudah bersedia untuk memeriahkan industri seni tanah air.

"Saya berharap peminat akan menerima baik kehadiran saya dan sama-sama kembalikan kegemilangan dan kenangan muzik kita bersama," katanya.

Amelina bakal muncul dengan single baharunya, tidak lama lagi.

Sumber : bharian.com.my

Sunday, November 2, 2014

Aksi Penyanyi Amelina Dan Maya Di BSC

Pasti ramai yang masih ingat mengenai penyanyi dangdut Amelina yang telah mengeluarkan album terakhirnya iaitu ‘Cinta Oh Cinta’ pada tahun 1998, dan kemudian berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Reduan Mahmood, pada 26 Mei 1999.


Aksi Penyanyi Amelina Dan Maya Di BSC, info, terkini, hiburan, maya, amelina, sensasi, kontroversi,

Malah berita perkahwinannya juga menjadi hangat apabila dia dan suaminya, Reduan Mahmood didenda RM600 setiap seorang oleh Mahkamah Syariah Kangar kerana berkahwin di Songkhla, Thailand tanpa kebenaran.

Lebih hangat, apabila mereka berdua pernah diusir oleh pemilik rumah yang mendapat perintah mahkamah atas dakwaan gagal menjelaskan sewa sejumlah RM2,700 sebulan.

Amelina sebelum ini dilaporkan sudah bertudung. Namun terkini, kelibatnya telah berjaya dirakamkan secara 'candid' di Bangsar Shopping Centre (BSC), Bangsar, Kuala Lumpur.

Bersamanya ialah penyanyi Maya (Matahari) serta seorang lagi teman yang tidak dikenali. Mereka dilihat berbincang sesuatu di sebuah restoran ala Barat sebelum kemudian merakam gambar kenangan ketika mahu beredar pulang.
Aksi Penyanyi Amelina Dan Maya Di BSC, info, terkini, hiburan, maya, amelina, sensasi, kontroversi,

Aksi Penyanyi Amelina Dan Maya Di BSC, info, terkini, hiburan, maya, amelina, sensasi, kontroversi,

Aksi Penyanyi Amelina Dan Maya Di BSC, info, terkini, hiburan, maya, amelina, sensasi, kontroversi,

Aksi Penyanyi Amelina Dan Maya Di BSC, info, terkini, hiburan, maya, amelina, sensasi, kontroversi,

Aksi Penyanyi Amelina Dan Maya Di BSC, info, terkini, hiburan, maya, amelina, sensasi, kontroversi,

Baca : Luahan dan Harapan Hanez Suraya 


Sumber : myartis.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif