Biarpun terdapat sedikit komplikasi pada kandungan isterinya serta berdepan saat cemas kelahiran cahayamata pertama yang tidak cukup bulan, Black Hanifa yang dihubungi jelas kedengaran nada gembira dan teruja menjadi bapa.
Walaupun sudah lebih 4 hari berada di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) menjadi pembantu serta menjaga Cira, Black masih setia disamping isterinya itu untuk memastikan kondisi dua orang tersayang itu sentiasa dalam keadaan baik.
Bayi laki-laki yang dilahirkan secara normal pada jam 7.48 petang, 13 Januari tersebut sebenarnya dijadualkan bersalin pada Februari . Biarpun begitu, Black bersyukur kerana bayinya itu semakin stabil dan dijadualkan boleh pulang kerumah dalam sehari sahaja lagi bersama isterinya.
“Saya tidak kisah dari segi jangkawaktu yang panjang dan situasi yang tegang, apa yang penting anak saya kian stabil dan akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. Begitu juga isteri, Cira yang telah pun sihat, hanya menantikan kebenaran untuk bawa keduanya pulang.
“Keputusan telah dibuat iaitu untuk menjalani tempoh pantang di Shah Alam, di rumah saya sendiri. Begitu juga dengan kenduri kesyukuran dan sebagainya, InsyaAllah akan kami adakan bagi memperkenalkan anak kami nanti.
“Buat masa ini nama, foto dan info lainnya tidak menjadi keutamaan jadi nanti kami akan kongsikan kepada peminat sekalian bila sampai waktunya. Saya harap mereka dapat mendoakan yang baik-baik untuk buah hati saya ini,”ujar Black yang memberitahu anaknya itu masih ditempatkan di wad NICU untuk pemantauan bukannya kerana kritikal.
Dalam pada gembira itu juga, Black akui dia tidak cukup rehat dan tak terurus kerana terpaksa bekerja dan menjaga isteri juga setelah timing kelahiran yang berubah. Dia juga akui terpaksa menyusun kembali jadual seninya dan berharap semua pihak maklum tentang perkara ini.
"Saya sedang menimbang semula untuk menjayakan atau tidak jemputan membuat persembahan di London anjuran UMNO. Kerana jika waktu tidak berubah, saya akan ke London hujung Januari selama seminggu dan pulang untuk menanti kelahiran bayi pertama saya dan Cira.
“Apa kuasa yang saya ada, apabila sudah ditakdirkan dia lahir awal sebulan. Mujurlah kami telah membuat persiapan awal dari segi kelengkapan diri dan keperluan utama bayi sebelum ini. Jadual karier seni saya juga akan disusun semula dan terpaksa membatalkan beberapa penampilan,”ujarnya yang terpaksa berbuat demikian kerana ingin menjaga anak dan isteri sebaiknya ketika berpantang.
Tahniah diucapkan kepada pasangan Black dan Cira diatas kelahiran pertama mereka. Buat peminat Black, penyanyi tersebut berjanji akan kongsikan gambar anaknya yang dikatakan berkulit cerah seperti Cira itu bila tiba waktunya.
Sumber : murai.com.my