Showing posts with label chef riz. Show all posts
Showing posts with label chef riz. Show all posts

Friday, December 26, 2014

Shikin Maembong sah hamil dua minggu

Chef Riz meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Shikin Maembong, 31, kini sedang mengandung dua minggu selepas bernikah pada 5 Disember lalu.

Shikin Maembong sah hamil dua minggu, i nfo, terkini, sensasi, hiburan, chef riz, shikin maembong

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, menyifatkan ia sebagai satu rezeki besar buat keluarganya kerana dia tidak menyangka isterinya hamil dalam masa terdekat.

"Pada minggu lalu, Shikin sering tidak sihat, lemah dan kerap muntah. Hati saya terdetik juga adakah dia mungkin mengandung. Apabila membuat pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan dia mengandung.

"Memang kami rancang mahukan anak dengan segera tetapi tak sangka pula seawal ini. Segan juga nak kongsi kepada umum, maklumlah perkahwinan kami masih baru lagi. Apa-apapun, ini rezeki yang diberi oleh Allah. Alhamdulillah, syukur," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Tambah Chef Riz, berita gembira itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk bekerja bagi membuat persiapan kelahiran anak sulungnya nanti.

Anak kepada Datuk Chef Wan itu turut berharap kandungan tersebut adalah anak lelaki, namun tidak kisah sekiranya dikurniakan anak perempuan.

Sementara itu, Chef Riz berkata, sejak mendirikan rumah tangga pada 5 Disember lalu di Bora Ombak, Ampang, dia dapat merasakan perubahan dalam kehidupannya yang semakin terurus.

"Alhamdulillah, daripada segi jadual kerja, makan dan pakai semuanya isteri yang uruskan dan ia membuatkan susun atur aktiviti harian saya lebih mudah.

"Memandangkan kami menjalani perniagaan bersama, maka agak susahlah nak berenggang. Rasa seronok dan apatah lagi berita gembira mengenai kehamilan Shikin membuatkan hidup kami lebih bermakna," tuturnya.

Shikin merupakan anak kepada pelukis terkenal tanah air, Ismail Embong dan kakak kepada aktres Emma Maembong.

Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada 11 Disember 2011 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila kedua-duanya berpisah pada November 2012 - mStar.

Baca : MLM2104 Buat Sumbangan Untuk Mangsa Banjir 

Sumber : mynewshub.cc

 photo good_zps9ceffaa5.gif

Saturday, December 6, 2014

Che Riz Selamat Bernikah Dengan Shikin Maembong

Selebriti Chef, Mohd Nadzri Redzuwan, 32, yang juga dikenali sebagai Chef Riz telah pun selama dinikahkan dengan pasangannya, Shikin Maembong, 31, pada malam tadi.

Che Riz Selamat Bernikah Dengan Shikin Maembong, info, terkini, selebriti chef, chef riz, shikin maembong, sensasi,

Perkara itu telah pun disahkan oleh bapa Chef Riz iaitu Datuk Mohd Nadzri Redzuwan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menerusi intagramnya, @chefwan58 pada pagi tadi.

Chef Wan yang juga selebriti chef bertaraf antarabangsa di dalam instagramnya telah mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin tersebut.

Malah, dia juga memberitahu bahawa dia tidak tahu apakah hadiah yang perlu diberikan kepada anak lelaki serta menantu perempuannya itu.

Pun begitu dia ada bertanya kepada Shikin yang juga kakak kepada Emma Maembong, sama ada mereka memerlukan wang tunai atau tidak untuk membantu mengadakan majlis majlis pernikahan mereka itu

Tapi, mereka tidak mahu kerana memilih untuk mengadakan majlis tersebut itu secara ringkas dan sederhana. Malah, mereka rela menyimpan wang tersebut untuk digunakan pada saat mereka hendak mula membina keluarga. Shikin juga berharap Chef Wan akan gembira dengan keputusan mereka itu.

"Saya kata, sudah tentu kerana apa yeng penting, akad nikah adalah satu upacara yang dilakukan untuk menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah dan halal dalam kontek Islam," katanya.

Menurut Chef Wan lagi, persiapan untuk majlis pernikahan Chef Riz dengan Shikin Maembong itu telah dilakukan sendiri oleh mereka tanpa melibatkan pihak keluarga masing-masing,

"Saya rasa mereka telah melakukan tugas yang baik untuk mengadakan majlis Akad Nikah itu, " katanya lagi.

Majlis pernikahan Chef Riz dan Shikin Maembong telah dihadiri 200 orang tetamu daripada pihak keluarga lelaki dan perempuan serta sahabat handai terdekat.

Chef Riz dan Shikin mula  menjalinkan hubungan cinta sejak 2 tahun yang lalu. Ini adalah perkahwinan yang kedua buat Chef Riz. Sebelum ini, Chef Riz pernah berkahwin dengan aktres berambut panjang mengurai, Ana Dahlia pada 11 Disember 2011, namun perkahwinan berakhir tidak sampai setahun.

Baca : Priyanka Chopra Diumum Wanita Asia Terseksi 2014  

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif