Showing posts with label emelda rosmila. Show all posts
Showing posts with label emelda rosmila. Show all posts

Monday, November 24, 2014

Pelakon Emelda Rosmila Sahkan Dia Masih Belum Hamil

Susulan daripada gambar yang dimuat naik oleh pelakon Emelda Rosmila di laman Instagram miliknya baru-baru ini, isteri kepada pengarah berkaliber Adlin Aman Ramlie itu berkata dia sebenarnya tidak hamil.


info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, emelda rosmila, isteri adlin aman ramli,

Sedar tindakannya memuat naik gambar alat ujian kehamilan itu telah mendapat maklum balas luar biasa daripada peminat, Emelda Rosmila berkata ujian itu dilakukan selepas dia berasa curiga apabila mendapati pusingan haidnya datang seminggu lewat.

Artikel Terdahulu :  

“Tak ada apa-apa kerana ketika itu saya hanya membuat ujian kehamilan disebabkan pusingan haid saya yang datang seminggu lewat tidak seperti biasa. Itu saja,” kata Emelda Rosmila ringkas apabila diminta memberi kenyataan berkenaan gambar berkenaan.

Tambah Emelda Rosmila, memang begitu ramai peminat yang telah mengucapkan tahniah atas kehamilannya itu sedangkan hakikatnya dia masih belum berbadan dua.

“Saya tahu ramai yang telah menghulurkan ucapan tahniah kepada saya, tapi apa yang boleh saya katakana di sini yang saya tak mengandung lagi.

“Terharu pula saya apabila ada yang sanggup meninggalkan nombor telefon untuk bertanyakan petua bagaimana saya boleh hamil.

“Begitu juga dengan saudara mara saya di kampung yang turut menghubungi saya bertanyakan tentang kesahihan berita berkenaan.

“ Insha Allah apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan memaklumkan kepada semua orang terutama sekali peminat semua.

“ Bagaimanapun saya berfikiran positif dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan serta doa mereka semua. Mudah-mudahan doa mereka itu akan dimakbulkan olehNYA secepat yang mungkin,” katanya ceria.

Jelas Emelda Rosmila lagi, dia seboleh-bolehnya tidak mahu terlalu teruja dengan berita kehamilan seperti itu kerana pernah pasrah dengan insiden keguguran tidak lama dulu.

Oleh yang demikian, dia dan suami tetap berusaha untuk mendapatkan cahayamata hasil perkahwinan mereka berdua .

Baca : Miley Cyrus Bogel Di Parti Ulangtahun 
Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif