Showing posts with label engku aleesya. Show all posts
Showing posts with label engku aleesya. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

Erra Fazira: Hujung minggu hanya untuk Aleesya

Biarpun usianya sudah menginjak 40-an, selebriti yang pernah menerima jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu ini, masih laku di layar perak mahupun di pentas teater.

Walaupun semakin banyak lambakan muka-muka baharu di bidang seni, namun pemilik nama Fazira Wan Chek atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira ini, masih menjadi pilihan pengarah dan penerbit tempatan.


Erra Fazira: Hujung minggu hanya untuk Aleesya, info, terkini, hiburan, sensasi, Erra Fazira, Engku Aleesya,

Ternyata penceraian keduanya bersama Engku Emran tidak menjejaskan aktiviti seni anak kelahiran Rawang, Selangor ini, bahkan, reputasinya tidak tergugat langsung dan terus melangkah jauh ke depan demi lembaran hidup baharunya.

Akui jadual sehariannya tetap berjalan seperti biasa, bekas ratu cantik ini bagaimanapun tetap mengutamakan satu-satunya cahaya mata kesayangannya, Engku Aleesya, yang kini berusia lima tahun.

Malah menurut Erra, kehidupannya kini nyata lebih tenang dan lebih fokus terhadap urusan anak tunggalnya itu.

“Setiap kali hujung minggu, saya akan menghabiskan masa bersama Aleesya dan block segala aktiviti seni.

“Begitu juga dengan tugasan luar kawasan kerana tidak mahu berjauhan dengan anak. Lagipun saya terikat dengan jadual program Primadona dan waktu rehat agak terhad.

“Jadi hujung minggu adalah waktu untuk saya berehat dan  bersosial dengan rakan-rakan,” tutur pengacara Primadona ini.

Tambah Erra, dia juga telah memaklumkan lebih awal kepada mana-mana produksi bahawa tiada sebarang penggambaran mahupun kerja lebih masa pada Sabtu dan Ahad.

“Alhamdulillah, mereka memahami situasi saya kerana ia antara syarat sebelum saya menerima sebarang tawaran kerja.

“Saya sangat menitik beratkan dari segi soal masa agar tiada masalah berbangkit. Saya juga berpegang kepada prinsip agar menghormati dab menghargai masa yang ada,” katanya.


Dirasuk roh jahat?

Dunia lakonan bukanlah makanan baharu buat bintang Sembilu dan Pasrah ini. Berilah apa sahaja watak, pasti dapat dihayati dengan baik.

Terbaharu, lakonannya menerusi teater Takhta 3 Ratu yang baharu saja melabuhkan tirai, Isnin lalu, turut mendapat pujian ramai.

Membawa watak sebagai Puteri Lela Wangsa, Erra kelihatan benar-benar dirasuk ‘roh jahat’ dalam satu babak lakonannya.

Mengakui perkara tersebut berlaku ke atas dirinya, Erra bagaimanapun menjelaskan babak itu hanyalah sekadar lakonan demi menjayakan wataknya.

“Dalam satu babak, saya dihantui roh ‘ahli sihir’ kemudiannya bersemuka dengan Sultan Mansur (lakonan Azri Iskandar) untuk menjernihkan keadaan yang menimpa pemerintah Melaka itu.

“Ketidakadilan yang berlaku menyebabkan Lela disumbat ke dalam penjara. Dari situ roh wanita merasuk saya dan memulihkan semula huru-hara yang berlaku dalam istana,” katanya.

Biarpun hanya beberapa minit melakonkan babak itu, namun Erra akui agak sukar baginya untuk menghayati watak Lela Wangsa yang disifatkan agak berat dan mencabar.

Katanya, cabaran terbesar bukan setakat dirasuk tetapi ‘bergelut’ dengan Awie ketika babak Hang Tuah menculiknya untuk dibawa ke Melaka.

“Saya perlu belajar ilmu silat supaya pergerakan ketika berlawan dengan Awie nampak real di mata penonton. Walaupun pernah belajar asas seni bela diri tekwando, saya berusaha untuk pelajari silat dalam tempoh yang singkat.

“Biarpun banyak perkara yang perlu belajar seperti percakapan, bahasa tubuh mahupun teknik berlawan namun saya sangat seronok berlakon bersama rakan artis lain,” katanya mengakhiri perbualan.

Baca : Siti Nurhaliza, Datuk K Bersanding Lagi  

Sumber : sinarharian.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Friday, December 12, 2014

Pengorbanan Erra Fazira demi Engku Aleesya

Penyanyi dan pelakon Erra Fazira akui akur dengan keputusan penjagaan anak perempuannya, Engku Aleesya berpihak kepada bekas suami, Engku Emran, tetapi menganggap ia adalah satu pengorbanan yang perlu dilakukannya.


Pengorbanan Erra Fazira demi Engku Aleesya, info, terkini, hiburan, sensasi, erra fazira, engku aleesya

"Pengorbanan ini lebih sakit.. lebih besar dari mereka yang bergelar ibu dan membesarkan anak di depan mata," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Berita Harian.

Pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek ini tetap bersyukur kerana dia masih diberi kesempatan untuk menjaga Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.

Walaupun gagal dalam perkahwinan sebanyak dua kali, Erra tidak pernah merasakan tekanan daripada masyarakat adalah satu beban terhadap dirinya.

"Kalau diri saya terus tertekan dengan semua itu, bagaimana saya nak menghadap apa saja tekanan luar. Cuma pada awal dulu, saya tak nafikan berat menanggung semuanya hingga nak buat apa-apa pun jadi tersekat," katanya.


Pengorbanan Erra Fazira demi Engku Aleesya, info, terkini, hiburan, sensasi, erra fazira, engku aleesya

Walaupun dikaitkan dengan ramai jejaka, aktres ini mengetepikan segala-galanya dan fokus pada kariernya sahaja.

Dalam perkembangan lain, Erra bakal terlibat dengan pementasan teater "Takhta 3 Ratu" yang bakal dipentaskan bermula 13 hingga 22 Disember di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Tiket dijual pada harga RM50 hingga RM350 dan boleh dibeli di kaunter Istana Budaya atau layari laman sesawan www.airasiaredpix.com.

Baca : Ucapan Romantis Che Ta Buat Zain Sempena Anniversary 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif