Seronoknya jika dapat melarikan diri jauh dari kesibukan kota kan? Sekejap pun jadilah asalkan dapat menenangkan perasaan yang galau ni.
Eh, bercakap tentang percutian, korang tau tak sebenarnya aktor kacak, Keith Foo kini berada di Koh Lipe, Thailand?
Amboii, kami lihat bukan main mesra lagi Keith dengan kekasihnya tau! Untunglah dik non, tempat dah indah, bertambah seronok bila bersama yang tersayang.
Bukan apa, mempunyai badan sesado Keith Foo memang menjadi idaman semua jejaka kan?
Gadis-gadis jangan sedih pula..dah rezeki @Kimchiraymond mendapat boyfriend seperti Keith. Nak buat macam mana.
Menempa di Malaysia dengan watak Tengku Adam dalam drama bersiri "Ariana Rose", Keith Foo akui ia telah mengubah hidupnya sekaligus berjaya menebus industri lakonan tempatan.
Mula mencipta nama di negara seberang Indonesia, Keith memberitahu ia bukanlah satu perkara yang mudah kerana dia turut bergelut seperti mana-mana pelakon baru yang lain sehingga berjaya menapak namanya dalam dunia lakonan.
"Dulu, sewaktu mencuba nasib di sana, saya hanya bawa duit cukup makan saja. Nak jimat duit, saya pernah tidur di agensi saya bekerja. Hanya setahun ke dua tahun kemudian, baru ekonomi saya stabil. Saya juga ambil masa untuk belajar cara bercakap bahasa Indonesia.
"Memang tak banyak beza dengan bahasa Malaysia tetapi yang berlainan adalah slanganya. Lucunya pernah saya dimarahi tidak pandai bercakapa bahasa Indonesia kerana produksi menyangkakan saya berasal dari sana dan hanya bersandarkan rupa semata-mata," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Berita Harian.
Selepas sembilan tahun di Indonesia, Keith membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi berkongsi bakatnya bersama peminat di sini.
"Terima kasih Media Prima Berhad dan TV3 kerana menawarkan watak untuk saya bagi drama "Ariana Rose". Drama itu membuatkan nama saya dikenali dan diterima rakyat Malaysia. Malah hingga saat ini, ramai yang masih ingatkan drama itu.
"Tak kurang juga yang berharap aka nada kesinambungan bagi drama itu. Malah dari drama itu, saya terus ditawarkan berlakon tanpa henti," tambahnya.
Aktor berusia 31 tahun ini kini sedang sibuk dengan penggambaran filem arahan Osman Ali berjudul "Langit Cinta" dimana dia bergandingan dengan aktres jelita Nur Fazura.
Dalam perkembangan kehidupan peribadi, Keith yang sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasih, Kim Raymond memberitahu dia masih belum berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Baca : Zed Zaidi: AJK tidak puas hati boleh lepaskan jawatan