Showing posts with label kontrvoersi artis. Show all posts
Showing posts with label kontrvoersi artis. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Izreen Azminda dan Johan As'ari bercinta kembali

Malah insiden putus cinta mereka suatu ketika dulu turut menggemparkan industri hiburan dan takdir untuk mereka hidup bersama bernoktah saat itu.

Izreen pula bertemu jodoh, namun jodoh tak panjang. Perkahwinan berakhir dan hasil perkongsian hidup dengan bekas suami, pelakon berbakat itu dikurniakan seorang cahaya mata.

Izreen Azminda dan Johan As'ari bercinta kembali, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontrvoersi artis, izreen azminda, johan as'ari
Cinta Izreen Azminda dan Johan As'ari pernah mencetuskan sensasi.
Johan As'ari pula pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita seperti Nabila Huda dan Lana Nodin.

Selepas beberapa tahun membawa haluan hidup masing-masing, jodoh Johan dan Izreen kembali berpaut.

Tetapi bukan di alam realiti sebaliknya keduanya bergandingan dalam telefilem Lima Kali Cinta yang bakal menghiasi slot Cerekarama di TV3 tidak lama lagi.

Telefilem arahan Amie Maziah itu menyaksikan gandingan mereka berdua selepas hampir tiga tahun tidak disatukan. Kali terakhir mereka berlakon bersama menerusi drama Juvana yang turut disiarkan di TV3.

"Kurang pasti kenapa saya dan dia (Johan) digandingkan semula selepas sekian lama. Kena tanya pihak stesen TV ataupun syarikat produksi. Mungkin juga ditakdirkan kami diberi peluang bergandingan sama kembali.


Izreen Azminda dan Johan As'ari bercinta kembali, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontrvoersi artis, izreen azminda, johan as'ari

"Sebelum telefilem ini, kami terlebih dulu terbabit dalam slot pementasan teater muzikal di Anugerah Skrin tahun lalu yang diarahkan Erma Fatima. "Tapi tak ada dialog bersama pun. Kali pertama jumpa tak dinafikan agak kekok. Namun untuk telefilem ini, kami sudah mula okey.

"Saya pun sudah tak fikir sejarah lama kami. Sudah lupa pun. Tak pernah saya ambil hati atau simpan dendam. Dia pun pandai cipta mood bila bersembang kerana sudah pernah mengenali saya sebelum ini. Benda dah lepas, jangan dikenang lagi," katanya.

Menurut Izreen telefilem Lima Kali Cinta turut membabitkan lima lagi hero selain Johan iaitu Iqram Dinzly, Hafreez Adam, Nazrief Nazri, Riz Amin dan Fezrul Khan. Izreen memegang watak sebagai Ayuni.

"Johan pula membawakan watak Zarif seorang mekanik dan kerana pekerjaannya itu Ayuni meramalkan hubungan mereka seperti tiada masa depan.

"Daripada situ, Izreen tergerak hati semula untuk mencuba nasib mengenali bekas kekasihnya yang terdahulu," katanya.

Ditanya mengenai soal peribadi, selepas pernah dikaitkan dengan Amar Baharin, Izreen dikatakan sudah tiada kekasih hati.

Cuma dengan statusnya sebagai ibu tunggal, ramai pantas menebak hatinya dengan lelaki tertentu berdasarkan gambar yang dimuat naik di laman sosial.


Izreen Azminda dan Johan As'ari bercinta kembali, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontrvoersi artis, izreen azminda, johan as'ari

"Mulut orang biasalah tak boleh nak tutup. Bila status saya macam ini, orang akan fikir lain dan cipta isu. Tapi saya berhak berkawan dengan sesiapapun. Saya pun ada perasaan untuk dicintai dan menikmati hidup berteman.

"Tak semestinya saya muat naik gambar dengan lelaki tertentu, saya pantas dikatakan bercinta dengan mereka. Nazrief contohnya saya anggap seperti adik dan dia masih hijau di arena seni," katanya yang akan bergandingan dengan Fahrin Ahmad untuk sebuah drama berjudul Eksprimen Cinta bagi slot drama di Tv3.

Izreen Azminda turut ditanya mengenai kisah beliau dipertikaikan status diri kerana mengacarakan program berkonsepkan perkahwinan dipanggil Mahligai Cinta untuk TV3. Ketika ini sudah empat episod dirakamkan Izreen.

"Hanya kerana saya berstatus janda, orang pertikaikan saya tidak sesuai mengacarakan program ini. Itu satu pemikiran yang tak pandang ke depan. Tak semestinya program perkahwinan kena dikendalikan hos yang bujang. Tapi saya percaya ini semua soal rezeki.

"Mana tahu, barangkali dengan mengacarakan program seumpama ini, berkat saya untuk berkahwin lagi akan ada. Siapa tahu bukan?," katanya.

Baca : Lisa Surihani Selesa Dalami Watak Ibu Mengandung Dalam Filem  

Sumber : bharian.com.my