Pelakon Brunei Nina Iskandar telah menjadi perbualan ramai apabila khabar angin mengenai pertunangannya bersama ahli perniagaan Ahmed Haiqal, telah putus, malah diekori dengan gambar tidak bertudung Nina yang telah dinaikkan ke laman Instagram-nya baru-baru ini.
Berdasarkan artikel dari MStar, Nina tidak ingin mendedahkan masalah pertunangannya kerana ia terlalu peribadi. Pelakon yang berumur 24 tahun ini berharap yang orang ramai akan mendoakan yang terbaik.
"Ini adalah hal peribadi dan saya tidak selesa untuk komen panjang lebar tentang perkara ini. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya anda doakan sahaja yang terbaik buat diri saya," ujarnya kepada MStar.
Mengenai isu tidak bertudung, Nina menjelaskan bahawa isu tersebut terlalu sensitif dan dia tidak mahu ambil peduli tentang kritikan masyarakat.
"Ramai artis yang ketika fotografi hanya pakai turban meskipun mereka berhijab. Isu ini memang sensitif dan orang yang suka mengkritik selalunya memang hanya mencari kesalahan kita.
"Saya manusia biasa yang dicipta dengan kelebihan dan kekurangan sendiri. Ini hidup saya dan saya bukan hidup untuk orang lain, jadi biarlah apa mereka nak kata," kata Nina yang mula berhijab pada bulan Mei yang lalu.
Sumber : tupai