Showing posts with label pelakon cilik. Show all posts
Showing posts with label pelakon cilik. Show all posts

Thursday, December 11, 2014

Dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik Asia, Bukti Puteri Balqis Memang Berbakat

Dulu kecoh dibuatnya apabila adik Puteri Balqis meraih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2014 baru-baru ini, dan mempertikaikan kemenangannya.


Pelakon Wanita Terbaik Asia 2014, Puteri Balqis, info, terkini, hiburan, pelakon cilik,

Ade juga info yangtersebar, dia tak layak julang trofi itu dan sepatutnya dia di calonkan untuk kategori lain iaitu pelakon terbaik kanak-kanak.

Terbaru, Balqish telah dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Asia di Anugerah Asian TV Award 2014 yang berlangsung di Singapura menerusi Drama TV Balqis.

Balqis telah menewaskan calon pelakon dari Taiwan, Hong Kong dan Singapura yang rata-rata umur mereka lebih berusia daripadanya.

Ini merupakan pencapaian yang harus kita banggakan.  Maka dengan itu, kemenangan Balqis ini telah berjaya menangkis persepsi negatif mengenai bakat lakonannya dan berjaya mengunci mulut-mulut tempayan itu.

Juri luar juga turut akui kehebatan Balqis, ucapan syabas dan tahniah kepada adik Balqish kerana berjaya mengharumkan nama negara.

Ini merupakan kali pertama rakyat Malaysia meraih anugerah ini dan diharapkan dia akan terus sukses di masa akan datang.

Baca : Tiga Lokasi Konsert 'Wings Menakluk Kosmos'  


Sumber :  murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif