Showing posts with label pelakon nelydia senrose. Show all posts
Showing posts with label pelakon nelydia senrose. Show all posts

Friday, January 16, 2015

Nelydia mahu bawa keluarga tunai umrah

Dua tahun menjalinkan hubungan cinta dengan pengacara kacak Qi Razali, pelakon Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen atau popularnya disapa Nelydia, 20, mengakui yang dia tidak tertekan dengan perkembangan kisah cinta mereka.


Nelydia mahu bawa keluarga tunai umrah, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon nelydia senrose,

Malah, kedua-dua keluarga merestui hubungan tersebut dan tidak pernah mendesak untuk mereka berkahwin dalam tempoh terdekat.

“Kami faham bahagian masing-masing dan tidak pernah berdepan sebarang desakan daripada mana-mana pihak, sama ada dia (Qi) atau keluarga masing-masing. Saya memberikan dia masa dan antara kami tidak meletakkan sebarang jangka hayat untuk bercinta sebelum bertunang atau berkahwin kerana sepanjang tempoh dua tahun ini juga, kami melalui banyak fasa yang mematangkan satu sama lain.

“Jadi, tiada apa yang perlu dikhuatiri atau dirisaukan dan sepanjang tahun ini masih belum ada sebarang perancangan untuk ke peringkat selanjutnya dalam hubungan kami. Tidak molek rasanya jika saya sebagai pihak perempuan bercerita macam-macam mengenai hala tuju hubungan kami. Saya serahkan segala keputusan kepada pihak Qi,” ujarnya yang ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Pergilah Air Mata di Kuang, Selangor baru-baru ini.

Tambah Nelydia, hubungan cintanya dengan Qi masih berjalan atas landasan yang tepat. Seiring kematangan perhubungan itu, dia kini lebih memahami kehendak dan keperluan sebenar dalam melayari alam percintaan.

Faktor perbezaan jarak usia 17 tahun antara mereka juga tegas Nelydia, bukan menjadi faktor penghalang untuk meneruskan hubungan mahupun tekanan untuk melangkah ke fasa baharu.

Tidak pernah bersara

Menjurus ke arah matlamat kehidupan sempena kedatangan tahun baharu 2015, kata pelakon kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu, pelbagai perkara menarik berlaku sepanjang tahun 2014 termasuk kejayaan melebarkan sayap baharu dalam bidang perniagaan kecantikan dan kesihatan, Secret Of Senrose yang sudah memasuki usia lima bulan beroperasi.

“Alhamdulillah, sepanjang tahun 2014 fokus saya sebenarnya lebih tertumpu kepada bidang perniagaan produk kecantikan dan kesihatan, premium minuman kolagen menerusi jenama Secret Of Senrose yang diusahakan oleh kami adik-beradik termasuk Uqasha. Selain itu, banyak perubahan yang sebenarnya lebih mematangkan saya termasuklah cara pemikiran.

“Walaupun ada antara azam tahun lalu yang masih belum tercapai, saya sematkan semula sebagai motivasi untuk saya bekerja tahun ini. Antaranya, niat saya untuk membawa keluarga saya menunaikan umrah.

“Mungkin peluang tahun 2015 juga memberikan saya kesempatan untuk mengembara ke beberapa buah tempat menarik yang selama ini saya idamkan,” katanya yang melihat banyak pencapaian positif diraih saban hari dalam hidupnya.

Kesibukan menguruskan perniagaan keluarga juga sekali gus menjawab ‘kehilangan’ Nelydia daripada kaca televisyen.

Baca : 7 Gambar Fauziah Latiff Pada Umur 44 Tahun 

Sumber : kosmo.com.my