Showing posts with label sharifah zarina. Show all posts
Showing posts with label sharifah zarina. Show all posts

Saturday, December 27, 2014

Sharifah Zarina terlupa bawa seluar

Penyanyi Sharifah Zarina Wan Hassan, 33, menerima dengan hati terbuka apabila dihentam peminat di laman Facebook miliknya selepas mengenakan seluar sendat ketika membuat persembahan pada minggu keempat program Gegar Vaganza baru-baru ini.


Sharifah Zarina terlupa bawa seluar, info, terkini, hiburan, sensasi, artis, sharifah zarina, gosip

Sharifah Zarina berkata, sepanjang bergelar penyanyi sejak 10 tahun lalu, inilah kali pertama dia dikritik teruk tetapi apa yang berlaku memberi pengajaran kepadanya.

Malah, dia juga tidak marah dengan kritikan itu dan sudah pun menjelaskan perkara sebenar kepada peminat dan mereka dapat memahaminya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku apabila dia terlupa membawa seluar yang sepatutnya dipakai untuk persembahan itu dan terpaksa memakai seluar yang disediakan ‘wardrobe’ Astro.

Sharifah mengakui tidak selesa mengenakan seluar itu hingga mengganggu tumpuannya ketika membuat persembahan, lapor Hmetro.

Baca : Leez Rosli, Aepul Drama Band Selamat Bergelar Suami Isteri 

Sumber : kualalumpurpost.net
 photo good_zps9ceffaa5.gif