Friday, November 21, 2014

Farid Kamil jatuh tingkat 4, keadaannya kini...

Farid Kamil jatuh dari tingkat 4, bukanlah disebabkan oleh tindakan Diana Danielle (isteri) enggan berlakon dengannya tapi ianya cukup sinonim dengan adegan xtrem untuk sebuah filem.


Farid Kamil jatuh tingkat 4, info, terkini, hiburan, pelakon, sensasi, Farid Kamil,

Farid dikatakan jatuh dari tingkat 4 semata-mata untuk satu babak dalam filem Kaki Kitai. Keadaan Farid tidak lah serius memandangkan jatuhnya itu dari arah belakang.

    “Cabaran paling teruk adalah ketika melakukan babak jatuh dari tingkat 4. Persiapan awal tak dilakukan dengan baik dan pengiraan saya juga silap. Saya terhempap di bahagian belakang dan akibatnya, ia mendatangkan kecedaraan di bahagian belakang saya.

    Saya tak boleh nak ‘bajet’ sebab saya jatuh dari bahagian belakang, kalau bahagian depan mungkin saya dapat kawal. Selepas jatuh, saya tak bernafas dalam lima saat dan memang susah nak tarik nafas,”

    “Bukan tak serik tapi malang tak berbau. Memang saya ada cakap nak kurangkan aksi lagak ngeri, namun saya memang tak sangka benda itu akan berlaku. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan akan pastikan saya melihat dulu pakar buat sebelum saya sendiri melakukan aksi. Kalau selamat untuk lakukan, saya akan buat,” -Farid petikan portal GUA

Baca : Fazura Bakal Dedah Buah Hati 
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Nazim Othman Jadi Ikan Duyung

Kami tak tipu. Pelakon kacak ni dilihat telah ‘transform’ menjadi ikan duyung lelaki. Sebenarnya kami nampak foto ini di Instagram Boracay Mermaids dan kami pun teruslah menjengah ke Instagram Nazim Othman.


Nazim Othman Jadi Ikan Duyung, info, terkini, hiburan, sensasi, nazim othman, sensasi,

Dan ternyata memang sah foto lelaki berekor ikan tersebut merupakan Nazim kerana dia juga ada berkongsi foto dan video percutiannya di pulau yang pernah diiktiraf sebagai pulau tercantik di Asia iaitu Pulau Boracay, Filipina.

Kami lihat bukan main seronok lagi Nazim bercuti di sana. Bermacam-macam aktiviti air telah dicuba oleh pelakon itu. Macam beach boy pun ada juga bila melihat badannya yang dah sedikit ‘tanned’ dek kerana panahan cahaya matahari.

Sekali-sekala bercuti mestilah kena all-out kan. Barulah rasanya berbaloi dengan penat lelah bekerja keras selama bertahun-tahun kumpul duit.

Apakata kita enjoy video dan koleksi foto Nazim di Boracay. Mana tahu nanti akan jadi sumber inspirasi anda untuk bercuti di sana pula.


Nazim Othman Jadi Ikan Duyung, info, terkini, hiburan, sensasi, nazim othman, sensasi,

Nazim Othman Jadi Ikan Duyung, info, terkini, hiburan, sensasi, nazim othman, sensasi,

Nazim Othman Jadi Ikan Duyung, info, terkini, hiburan, sensasi, nazim othman, sensasi,

Baca : Fazura Bakal Dedah Boyfriend Dalam Program Realiti? 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Fazura Bakal Dedah Boyfriend Dalam Program Realiti?

Mesti korang ingat lagi bulan lepas kami ada kongsi berita mengenai Fazura yang bakal tampil dalam sebuah program realiti TV setaraf dengan Kim Kardashian.

Fazura Bakal Dedah Boyfriend?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fazura,

Letop uollss! Selain daripada peminat dapat mengenali personaliti Fazura dengan lebih telus, khabarnya selebriti popular ini akan mendedahkan siapa boyfriend-nya. Tapi kalau dia ada boyfriend lah.


Fazura Bakal Dedah Boyfriend?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fazura,

Rasanya semua pun tahu bahawa selama ni Fazura sering dikaitkan dengan ramai lelaki (korang tahu siapa). So, mungkin dalam program ni individu jejaka bertuah itu akan dirungkai. Stay tuned!

Sebelum tu, kalau korang nak tahu apa lagi yang akan Fazura reveal, jom tengok video teaser Fazura kat bawah ni. Ada yang suka tengok mulut Fazura bila bercakap, tapi kami suka keyakinan selebriti ini walaupun dia sering dilanda kontroversi.


Part 1

Part 2

Adlin akan terus pertahankan hak bapanya

Berhubung dengan isu saman filem "Saloma", Adlin Aman Ramlie meluahkan rasa kecewa dengan sikap tidak prihatin pihak yang terlibat dalam filem tersebut.


Adlin akan terus pertahankan hak bapanya, kontroversi, terkini, hiburan, sensasi, Adlin Aman Ramli, Filem Saloma


"Saya kecewa dengan mereka yang telibat dalam filem "Saloma" kerana mereka ini beragama Islam. Melissa Saila juga tidak tampil untuk menjernihkan keadaan selepas sidang media yang saya adakan," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem "Gila Baby" di Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.


Baginya, untuk memfailkan saman malu, dia tidak berhak untuk membuat bagi pihak bapanya kerana hanya orang itu sahaja yang mempunyai hak tersebut.

"Dari segi perundangan memang tak salah, tetapi pihak Astro membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan waris. Dan Astro tidak rasa bersalah, isu moral ke etika ke lantak lah, janji ok."

Tambah Adlin lagi, dia tidak akan berputus asa untuk mempertahankan haknya sebagai waris Allahyarham AR Tompel, walaupun usahanya dengan mengadakan sidang media tidak berhasil, apabila tiada perbincangan yang dibuat antara pihak yang terlibat.

"Tidak ada perbincangan di luar dan mereka tidak menghubungi saya. Mereka juga ketepikan hubungan yang saya dan Astro pernah ada sama ada hubungan antara pihak televisyen sama ada hubungan sebagai kawan."

Dalam pada itu, Adlin turut memberi nasihat kepada penerbit di luar sana yang ingin menghasilkan karya mengenai mereka yang sudah tiada, haruslah lebih prihatin dengan menghubungi waris yang terlibat terlebih dahulu.

Sementara itu, Adlin kini sibuk mempromosikan filem terbarunya "Gila Baby" yang bakal menemui penonton pada 4 Disember ini.

Baca : Sharnaaz Ahmad kecewa karya tempatan seperti sampah 
Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Sharnaaz Ahmad kecewa karya tempatan seperti sampah

Pelakon yang sinonim dengan watak gangster, Sharnaaz Ahmad terkilan dengan industri filem tempatan yang semakin tenat dan dahagakan kemunculan semula karya-karya yang berkualiti.


info, terkini, hiburan, sensasi, sharnaaz ahmad, filem, finas,

"Saya kecewa dengan filem kita. Saya tak boleh salahkan penonton dalam isu ini kerana penonton dilambakkan dengan filem-filem yang 'low quality' tapi apabila penonton tak tengok dan tak sokong, ada pihak yang bising," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem "Gila Baby" di Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Sharnaaz, pihak FINAS perlu lebih teliti untuk menapis filem yang terbaik untuk ditayangkan.

"Pihak FINAS patut pilih yang tebaik, untuk penonton menilai sendiri filem kita. Penonton sekarang bijak untuk menilai mana yang bagus mana yang tidak. Kalau kita tengok cerita luar, kualitinya sangat bagus. Cerita 'simple' tapi jalan cerita bagus."

Sharnaaz turut menyatakan kesemua pelakon di Malaysia bagus dan mempunyai bakat jika dibandingkan dengan negara Asia serantau yang lain.

"Kita punya pelakon semua bagus tetapi karya macam sampah. Saya tak penah salahkan pelakon. Mereka dapat naskah untuk dilakonkan. Tapi bila jadi apa-apa pelakon juga yang akan disalahkan."

Tambah bintang "Juvana" ini lagi, lambakan drama yang diadaptasikan dari novel semakin menjadi-jadi. Ianya dilihat seperti pengkarya drama dan filem ketandusan idea untuk menghasilkan karya terbaru.

"Saya sayangkan pengkarya kita. Bukan saya nak bezakan penulis novel dan penulis drama. Kerja mereka semakin disempitkan oleh novelis. Perlu ada sama rata. Saya sayangkan pengkarya penulis cerita yang hebat-hebat dulu yang bukan berdasarkan novel."

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz kini sibuk mempromosikan filem terbaru lakonannya "Gila Baby" yang bakal menemui penonton pada 4 Disember ini dan akan terbang ke Jepun pada 25 November ini selama sebulan untuk menjalani penggambaran telefilem "Cinta Okinawa" bersama Hanis Zalikha dan Mimi Lana.

Baca : Fesyen Selebriti Di Majlis Festival Fesyen Islamik 2014 


Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Fesyen Selebriti Di Majlis Festival Fesyen Islamik 2014

Sejuk mata memandang bila melihat gaya dan fesyen selebriti tanah air ketika menjayakan undangan di Festival Fesyen Islamik 2014 (IFF2014) yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.


Fesyen Selebriti Di Majlis Festival Fesyen Islamik 2014, info, terkini, fesyen islamik Artis, sensasi, hiburan

Antara selebriti berhijab yang hadir pada majlis itu ialah Ummi Nazeera, Fara Fauzana, Eja, Noraliah Lee, Noryn Aziz dan Mizz Nina yang tampil bergaya menggunakan label pereka-pereka fesyen terkenal tanah air.


Fesyen Selebriti Di Majlis Festival Fesyen Islamik 2014, info, terkini, fesyen islamik Artis, sensasi, hiburan

Fesyen Selebriti Di Majlis Festival Fesyen Islamik 2014, info, terkini, fesyen islamik Artis, sensasi, hiburan

Yang menarik perhatian pada majlis tersebut ialah pelakon Vanidah Imran yang tampak manis bertudung.

Tak tahulah kalau ini merupakan imej terbaharu Vanidah atau pun dia sekadar menghormati majlis yang diadakan.

Fesyen Selebriti Di Majlis Festival Fesyen Islamik 2014, info, terkini, fesyen islamik Artis, sensasi, hiburan

Tapi, kalau betul Vanidah dah berhijab, Alhamdulillah, semoga istiqamah dalam perubahannya.

Jom saksikan fesyen-fesyen menarik yang digayakan mereka sepanjang majlis itu berlangsung!

Baca : Hubungan Yuna Dengan Kekasih Mat Saleh Putus 


Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Hubungan Yuna Dengan Kekasih Mat Saleh PUTUS

Tak dapat dinafikan Yuna adalah kebanggaan Malaysia dan berada dalam kelasnya tersendiri apabila namanya kian dikenali di Amerika Syarikat.


Hubungan Yuna Dengan Kekasih Mat Saleh PUTUS, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yuna,

Terbaharu, Yuna bakal muncul dalam program E!News Asia Special yang memaparkan perjalanan kerjaya seni dan juga kehidupan peribadinya.

Namun di sebalik kecemerlangan karier, Yuna nampaknya kurang bernasib baik bab percintaan.


Hubungan Yuna Dengan Kekasih Mat Saleh PUTUS, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yuna,
Yuna di samping pengacara Qi Razali, bekas kekasih sebelum Julian.

Jika sebelum ini Yuna agak keberatan berkongsi kisah peribadinya lebih-lebih perihal cinta, namun akhirnya penyanyi berusia 28 tahun ini mendedahkan hubungan istimewa dengan jurukamera kacak, Julian Schratter telah pun berakhir.

Tanpa selindung Yuna menyifatkan kesibukan dalam bidang nyanyian menjadi penyebab utama kepada kegagalan hubungan tersebut.

“Saya solo sekarang. Saya tidak berkawan rapat dengan mana-mana lelaki sebab saya rasa ia susah kerana saya seorang yang sangat sibuk dengan kerja.

“Lagipun saya tahu, sukar untuk orang lain memahami kerja seperti saya. Tambahan saya mempunyai kehidupan di LA dan juga di Malaysia.


Hubungan Yuna Dengan Kekasih Mat Saleh PUTUS, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yuna,

“Jika mahu bercinta kembali, saya perlu mencari seseorang yang boleh menerima dan betul-betul memahami saya. Mungkin dia (Julian) kurang sesuai,” katanya, memetik laporan Malaysian Digest.


Hubungan Yuna Dengan Kekasih Mat Saleh PUTUS, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yuna,

Tak mengapalah Yuna.. kumbang bukan seekor, memang dah tertulis tiada jodohlah tu. Mana tahu lepas ni dalam sibuk-sibuk berkarya di negara Uncle Sam, muncul pula lelaki lain yang lebih memahami perjalanan kerjaya Yuna. Tak gitu?

Baca : Aksi-Aksi Comel Anak Nabila Huda, Keisha Laila 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif