Monday, November 24, 2014

Pejelasan Eina Azman isu parking kereta di Stesen Petronas

Kecoh di laman-laman sosial apabila pelakon cantik, Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden didakwa tidak bertanggungjawab meletakkan kereta Chevrolet Camaronya di tempat orang awam mengisi minyak.


Pejelasan Eina Azman isu parking kereta, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, eina azman,


Malah, penyebar foto tersebut turut mendakwa bahawa pasangan itu sempat menjamu selera di restoran Subway di stesen minyak tersebut sekaligus melabelkan mereka berperangai seperti ‘tipikal bangsawan ekspress’.


Bagaimananapun, Eina menafikan tuduhan tersebut dengan memuat naik beberapa screenshot penjelasan beberapa orang saksi di tempat kejadian.


Pejelasan Eina Azman isu parking kereta, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, eina azman,

Pejelasan Eina Azman isu parking kereta, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, eina azman,


Malah, Eina juga ada memberi penjelasan panjang lebar mengenai isu ini menerusi temubual bersama akhbar Kosmo!. Menurutnya, dia dan suami hanya singgah sebentar di stesen minyak tersebut semasa dalam perjalanan menuju ke Seremban bagi menghadiri mesyuarat. Tak sampai 10 minit pun katanya.

“Itu adalah perkara biasa jika sedang dalam perjalanan jauh, kita akan berhenti di mana-mana stesen minyak untuk mengisi minyak ken­deraan dan membeli barang makanan. Apa yang salahnya di situ? Jika benar ada yang mengatakan saya letak kereta di situ dan dengan tanpa rasa bersalah pergi ke Subway untuk makan, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan? Mengapa hanya ambil gambar kereta sahaja. Itu tidak adil kerana ia menimbulkan fitnah kepada saya. Jika benar mahu buktikan saya benar-benar bersalah dalam hal ini, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan?

"Kalau betul mahu reka cerita, jangan melampau sampai tahap begini. Saya letak kenderaan betul-betul dalam kotak kuning. Bukan saya letak di tengah jalan sehingga mengganggu laluan pengguna lain untuk mengisi minyak di situ. Lagi pula jika dilihat dalam gambar tersebut, kawasan stesen pam minyak itu sangat besar dan banyak lagi lorong lain untuk mengisi minyak. Lainlah jika di belakang kereta saya ada berderet lagi kereta lain beratur. Jika saya melakukan perbuatan pentingkan diri sendiri seperti itu, ya saya tidak akan melenting kalau ada pihak cakap saya buat hal.

“Perkara ini benar-benar buat saya tertekan. Mengapa perkara remeh sebegitu pun ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mahu jadikan isu? Namun, apa yang paling mengecewakan saya, ramai orang di luar sana percaya dengan cerita tersebut. Baru sahaja baca cerita itu, terus percaya tanpa mahu fikir dengan logik akal. Kalau betul ada pihak yang tidak ber­puas hati, boleh pergi periksa rakaman kamera tele­visyen tertutup (CCTV) di pam minyak tersebut. Lihat sendiri apa yang berlaku sebenarnya pada malam itu.”

Baca : 22 Foto Adam Arya, anak lelaki Sasha Saidin bersunat 

Sumber : Ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



22 Foto Adam Arya, anak lelaki Sasha Saidin bersunat

Haish... tak lekang mata kami dari melihat foto-foto dan video yang dikongsikan oleh Sasha Saidin sewaktu anaknya, Adam Arya mahu berkhatan semalam.

Menerusi Instagram, Sasha memberitahu Adam pada mulanya langsung tak memahami situasi yang dirinya akan dikhatankan dan hanya mengikut apa sahaja yang disuruh.

Nak tergelak pun ada, tapi comel sangat reaksi Adam yang clueless bila melihat ramai budak-budak lain lebih kurang sebayanya berbaris beramai-ramai.

Sewaktu Sasha menerangkan tentang bersunat pun Adam masih tak dapat tangkap lagi. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan handsome boy ni pun nampak steady je apabila gilirannya selesai.

Sasha turut ditemani ibu dan bapanya sewaktu menghantar Adam ke program berkhatan beramai-ramai di Masjid As-Syakirin Gombak. Tak sangka kejap je anak Sasha dah besar, kan? Jom tengok gambar-gambar dan video sekitar majlis itu di bawah ini.

























Baca : Syahrini Bakal Kahwin Tahun Depan  


Sumber : Ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Syahrini Bakal Kahwin Tahun Depan

Penyanyi Syahrini mengakui dia kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang jejaka sejak enam bulan lalu.


Syahrini Bakal Kahwin Tahun Depan, info, terkini, hiburan, sensasi, Syahrini,

Menurut laporan portal Detikhot, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.

"Hubungan kami masih baru dan kerana itu lebih saya tidak mendedahkan siapa lelaki itu.

"Doakan hubungan yang dijalinkan ini dapat diakhiri dengan sebuah perkahwinan," katanya.

Bagaimanapun, teman baik Syahrini iaitu Raffi Ahmad pula mendedahkan penyanyi itu akan berkahwin pada tahun 2015. Namun Syahrini enggan mengia atau menafikan perkara tersebut.

"Doakan saja ya," ujarnya.

Baca : Intan Nafi Putus Dengan Kamal Adli Sebab Ada Lelaki Lain 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Intan Nafi Putus Dengan Kamal Adli Sebab Ada Lelaki Lain

Umum mengetahui hubungan di antara pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli telah pun berakhir baru-baru ini.

Intan Nafi Putus Dengan Kamal Adli Sebab Ada Lelaki Lain, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, intan ladyana,


Namun, baik kedua-duanya enggan mendedahkan punca sebenar yang menyebabkan hubungan mereka putus di tengah jalan.

Artikel Terdahulu :  

Walau bagaimanapun, terdapat dakwaan mengatakan Intan yang meminta hubungan mereka diputuskan kerana sudah mempunyai lelaki lain ketika masih berhubungan dengan Kamal.

Intan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan dia masih lagi solo dan kawan lelaki yang dimaksudkan itu adalah kawannya sendiri yang turut sama terlibat dalam bidang seni.

“Jangan salah faham, kawan saya sekadar mengusik. Kebetulan dia pun orang seni juga, jadi memang kami selalu bergurau sesama sendiri. Saya nak jadikan ‘bahan’ dan tidak ada apa-apa maksud.

“Orang yang diperkatakan itu kawan saya, tak lebih daripada itu. Kami dah lama kenal dan selalu berkumpul dengan kawan lain.

“Buat masa ini saya masih sendiri dan belum terbuka hati untuk bercinta. Insya-Allah, kalau ada nanti saya akan kongsi. Setakat ini belum lagi dan saya harap jangan diperbesarkan perkara yang tiada,” katanya memetik laporan Metro Ahad.

Intan Ladyana, 32, turut menyatakan fokusnya kini lebih terarah kepada kerjaya dan keluarganya dan enggan perkara remeh sebegini menganggu fokusnya itu.


Baca : Scha Al Yahya Sedih Anak Sering Diusik "Followers" 

Sumber : MyNewsHub
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Scha Al Yahya Sedih Anak Sering Diusik "Follower"

Hati ibu mana yang tidak kecewa, sedih dan pilu apabila anak sendiri dikritik dan di’usik’ tanpa sebarang sebab. Mungkin ramai yang memahami perasaan Scha Al Yahya apabila tindakannya yang sering berkongsi gambar anaknya, Lara Alana di laman sosial mendapat kecaman daripada sesetengah pihak. Niat untuk berkongsi kebahagiaan yang sedang dikecapi disalaherti oleh orang lain. Kenapa susah sangat sesetengah manusia ini untuk merasa gembira untuk orang lain?

Scha Al Yahya Sedih Anak Sering Diusik "Follower", info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Lara Alana, Scha Al Yahya

Membaca luahan hati Scha Al Yahya mengenai isu ini membuatkan hati ramai orang turut rasa sedih. Buat anda yang suka mengutuk tak tentu pasal, silalah baca dan cuba fahami isi hati seorang ibu. Semoga lepas ini tak ada nak kutuk-kutuk dah.


Scha Al Yahya Sedih Anak Sering Diusik "Follower", info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Lara Alana, Scha Al Yahya

Mungkin yang asyik mengutuk ini masih lagi belum bergelar ibu/bapa. Jadi tak faham perasaan ingin merakamkan detik-detik anak sendiri membesar. Setiap orang berhak buat keputusan sendiri mengenai hal ini. Kalau tak suka, bolehlah unfollow. Tak perlu nak kritik apa bagai. Apa pendapat anda?


Scha Al Yahya Sedih Anak Sering Diusik "Follower", info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Lara Alana, Scha Al Yahya


Baca : Keputusan Program Gegar Vaganza Sudah Bocor? 


Sumber : beautifulnara.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif