Showing posts with label Scha Al Yahya. Show all posts
Showing posts with label Scha Al Yahya. Show all posts

Sunday, January 18, 2015

Punca Scha Al-Yahya Tinggalkan Anugerah Juara Lagu (AJL)

Pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya telah mengumumkan rancangan Anugerah Juara Lagu 29 yang akan berlangsung beberapa minit lagi merupakan penampilan terakhirnya.


Punca Scha Al-Yahya Tinggalkan Anugerah Juara Lagu (AJL), info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Scha Al yahya

Isteri kepada Awal Ashaari itu menyatakan tidak lagi akan terlibat di dalam program mingguan Muzik Muzik bagi musim baru hadapan kerana sebab-sebab yang tidak diberitahu.

Banyak yang saya belajar sepanjang mengendalikan program tersebut bersama AG. Tapi, itu tidak bermakna yang saya akan tinggalkan dunia pengacaraan,” katanya.

Sumber : katakcomel.my

Thursday, December 4, 2014

Punca Scha Bimbang Anak Terdedah Bahaya

Pelakon Scha Al Yahya berasa bimbang mengenai keselamatan anaknya, Lara Alana kerana kehidupan peribadi bayi tersebut terlalu terdedah menerusi media sosial yang diwujudkannya.


Punca Scha Bimbang Anak Terdedah Bahaya, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, lara alana, scha al yahya, awal ashaari,

Scha, 31, juga sedar mendedahkan bayi berusia empat bulan itu kepada umum mempunyai banyak bahaya dan boleh mendatangkan risiko.

"Pada mulanya saya tidak setuju apabila Awal ingin buka akaun Instagram dan Facebook Lara kerana bimbang keselamatan dia.

"Saya risau dia lebih dikenali ketika di luar, tetapi Awal menganggap ia sebagai perjalanan kehidupan anak kami," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama komedi 3 Campur 2, di Souled Out, di sini, Khamis.


Punca Scha Bimbang Anak Terdedah Bahaya, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, lara alana, scha al yahya, awal ashaari,
Keluarga bahagia... Awal bersama Scha dan anak mereka, Lara Alana.

Scha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang media sosial Instagram dan Facebook yang dibuka atas nama kanak-kanak itu.

Perkara tersebut mengundang pelbagai reaksi masyarakat yang menganggap sebagai mendedahkan privasi  bayi tersebut kepada risiko terhadap keselamatan.



Sementara itu, jelas Scha, laman sosial Facebook yang dibuka itu bagi mengelakkan akaun palsu yang dibuka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, pihak tersebut menggunakan nama Lara Alana bagi menarik pengikut supaya laman itu dapat dijual kepada pihak lain.

"Banyak sangat akaun Facebook palsu yang mana mereka buka untuk dapat keuntungan. Itu sebabnya kami sengaja buka akaun Lara sebenar agar peminat tidak tertipu," ujarnya.

Dalam pada itu, Scha berkata, setakat ini tiada perkara tidak diingini berlaku selepas akaun media sosial itu diwujudkan.

Baca : Syamsul Yusof Disaman Penulis Novel 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Monday, November 24, 2014

Scha Al Yahya Sedih Anak Sering Diusik "Follower"

Hati ibu mana yang tidak kecewa, sedih dan pilu apabila anak sendiri dikritik dan di’usik’ tanpa sebarang sebab. Mungkin ramai yang memahami perasaan Scha Al Yahya apabila tindakannya yang sering berkongsi gambar anaknya, Lara Alana di laman sosial mendapat kecaman daripada sesetengah pihak. Niat untuk berkongsi kebahagiaan yang sedang dikecapi disalaherti oleh orang lain. Kenapa susah sangat sesetengah manusia ini untuk merasa gembira untuk orang lain?

Scha Al Yahya Sedih Anak Sering Diusik "Follower", info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Lara Alana, Scha Al Yahya

Membaca luahan hati Scha Al Yahya mengenai isu ini membuatkan hati ramai orang turut rasa sedih. Buat anda yang suka mengutuk tak tentu pasal, silalah baca dan cuba fahami isi hati seorang ibu. Semoga lepas ini tak ada nak kutuk-kutuk dah.


Scha Al Yahya Sedih Anak Sering Diusik "Follower", info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Lara Alana, Scha Al Yahya

Mungkin yang asyik mengutuk ini masih lagi belum bergelar ibu/bapa. Jadi tak faham perasaan ingin merakamkan detik-detik anak sendiri membesar. Setiap orang berhak buat keputusan sendiri mengenai hal ini. Kalau tak suka, bolehlah unfollow. Tak perlu nak kritik apa bagai. Apa pendapat anda?


Scha Al Yahya Sedih Anak Sering Diusik "Follower", info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Lara Alana, Scha Al Yahya


Baca : Keputusan Program Gegar Vaganza Sudah Bocor? 


Sumber : beautifulnara.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif