Showing posts with label awal ashaari. Show all posts
Showing posts with label awal ashaari. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

Awal Ashaari Mohon Pelawak Tidak Salah Faham

Sebelumnya, Awal Ashaari yang juga pengacara program 'Melodi' dan 'Mentor Legend' ini pernah menyuarakan pendapatnya tentang lambakan pelawak-pelawak yang diangkat menjadi pengacara untuk sesebuah acara atau program.

Awal Ashaari Mohon Pelawak Tidak Salah Faham, info, terkini, hiburan, sensasi, pengacara, Awal Ashaari, gosip,

Lantas, hal itu mendapat respons yang pelbagai daripada beberapa orang pelawak tanah air yang turut bergelar pengacara.  Terpanggil untuk menjawab isu itu dengan harapan ia tidak diperbesarkan atau disalah tafsir, ini kenyataan Awal yang telah dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Assalamualikum wbt...

Lama rasanya tak menulis di Facebook tetapi hari ini terpanggil untuk menulis bagi menjernihkan keadaan yang semakin keruh dek penulisan-penulisan yang kurang sensitif oleh segelintir pelapor.

Berkenaan isu saya marahkan pelawak sebagai pengacara. Let me make it clear, that saya TIDAK pernah menimbulkan isu itu sebaliknya saya DITANYA soalan; “Apa pendapat saya apabila sekarang lambakan pelawak-pelawak diangkat menjadi pengacara?”

Sudah tentu apabila ditanya, kita harus menjawab dan sebagai seorang “senior” bak kata sesetengah orang tu, sudah tentu jawapan yg saya berikan tidaklah ‘sebodoh’ itu untuk membuatkan rakan-rakan pengacara hebat diluar sana terasa. And obviously bukan nak menceritakan kelemahan saya tanpa sedar, as claimed.

Sudah 11 tahun saya mengacara, tak pernah sekali pun saya ada masalah dengan pengacara-pengacara seangkatan dengan saya, cuma lately ni memang saya akui yang pengacara komedi lebih mendapat tempat dihati penonton disebabkan peredaran semasa. Isu itu tidak sedikit pun menggangu saya, because I know my strength and I know who is my target audience. Saya tidak sedikit pun rasa terkesan dengan keadaan semasa sebab saya masih lagi ada pengikut saya dan Alhamdulillah, rancangan saya tak putus-putus keudara di kaca TV.

Cuma rasa tak sedap apabila komen yang diberikan disampaikan dengan cara yang tidak sensitif. Ianya ibarat sengaja ingin mengundang salah faham diantara saya dan rakan-rakan pengacara yg lain.

Buat rakan-rakan pengacara saya yg saya hormat, you know how the entertainment works. Sometimes what you said is not what actually reported. Jangan salah anggap disini. Saya bukan juga menyalahkan rakan-rakan media saya, cuma our pemahaman tentang sesuatu isu itu berbeza dan kadang kala, ia disalah tafsir oleh segelintir orang. Interpretation seseorang penulis itu mungkin berbeza dengan apa yang selalunya dikomen. Kadangkala sesuatu komen itu sukar utk diulas kerana ababila diulas, maksudnya dah jadi lain.

Saya pernah bekerja dengan pelawak. Zizan merupakan ex-co host saya dalam Melodi selama 2 tahun and he is a good friend of mine. Setiap kali Johan mengacara, saya ketawa terbahak-bahak. Saya selalu rasa FBI tu seorang pengacara yg sangat baik. Abang AC Mizal, he is ABP Pengacara Paling Popular and I always enjoy his sense of hosting. Zulin & Sherry Al haddad are my partners dalam Melodi sekarang ni, - ADAKAH SAYA SENGAJA MEMBANGKITKAN ISU INI UNTUK MEMBUATKAN MEREKA INI TERASA? Am I that brave to dig my own grave?

Kepada yang terasa, saya mohon maaf. Bukan niat saya mengatakan apa yang anda semua baca. You guys know that you’re better than that.

Cuma memang saya ada kata yg segelintir organizer mitak saya melawak ketika bekerja. That is beyond my control. Saya mintak maaf, saya bukan pelawak.

Untuk TV stesen pula, rasanya mereka memang bijak memilih pengacara bagaimana yang sesuai untuk program yang macam mana. So far, saya selalu dapat program yg betul-betul makanan saya. Tak pernah pulak disuruh melawak tak tentu hala sbb saya naturenya bukan seorang yg kelakar.

To my beloved press member, saya menyeru kepada semua supaya kita masing masing pandai jaga nama baik dan periuk nasi kita. Youre a gatekeeper between us, and the public. Tulislah dengan penuh sensitivity supaya perkara begini dapat dielakkan. At the end of the day, we are one small community and we might end up work or bumped into each other. Tak perlu juga nak panjang-panjangkan isu ini. Rezeki ditangan Allah, ada dimana mana.

Saya harap rakan-rakan pengacara lawak saya tak sentap lama lama.

Sumber : mediahiburan.karangkraf.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Wednesday, December 10, 2014

Pengacara Rancangan Serius Perlu Belajar Berlawak

Pengacara Datuk AC Mizal berkata, sudah tiba masanya untuk golongan pengacara serius yang mengdndalikan rancangan-rancangan bukan komdi bersikap terbuka mempelajari bidang lawak bagi mengekalkan kualiti kerja yang diceburi.


Pengacara Rancangan Serius Perlu Belajar Berlawak, info, terkini, hiburan, sensasi, AC Mizal, Awal Ashaari, gosip,

AC berkata, sebagai seorang pengacara, mereka perlu mengikuti kehendak penonton yang sentiasa berubah dalam menonton sesebuah program di mana konsep lawak menjadi trend pada masa kini.

"Saya faham apabila ada segelintir pengacara serius mengeluh kerana mereka menjadi pilihan kedua stesen televisyen kerana tiada bakat melawak.

"Tetapi bagi saya, usah mengeluh. Kita sebagai pengacara perlu mengikut trend agar boleh kekal lama dalam industri.

"Seperti masa kini, orang lebih seronok melihat pengacara yang boleh melawak jadi, saya ikut dan andai kata tahun depan penonton mahu pengacara yang boleh menangis, jujurnya saya akan menangis," katanya kepada mStar Online.


Pengacara Rancangan Serius Perlu Belajar Berlawak, info, terkini, hiburan, sensasi, AC Mizal, Awal Ashaari, gosip,
Nabil Ahmad

AC diminta mengulas mengenai kenyataan Awal Ashaari pada laporan mStar Online 27 November lalu yang terkilan apabila stesen televisyen dilihat lebih cenderung memilih pelawak sebagai pengacara.


Kata Awal, perkara tersebut akan membunuh industri pengacaraan khususnya pengacara-pengacara serius yang mencari makan dalam bidang penyiaran.

Sementara pelawak Nabil Ahmad pula berkata, Awal tidak sepatutnya membuat kenyataan  begitu kerana ia sedikit sebanyak memalukan diri sendiri.

"Saya tidak berkecil hati dengan kenyataannya itu tetapi secara tidak langsung dia telah menceritakan kelemahannya tanpa sedar.

"Dia sebagai artis senior sepatutnya sudah tahu jalur dan pergerakan industri dan kita perlu berusaha mengubah dan mencorak diri agar dapat selari dengan trend.

"Macam saya dulu hanya tahu melawak, tetapi bagi mengembangkan bakat, saya cuba mengubah diri untuk menjadi pengacara. Saya perlu membuat perubahan itu kerana peminat mahu melihat bakat kita lebih daripada apa yang ada sekarang," ujarnya.


Pengacara Rancangan Serius Perlu Belajar Berlawak, info, terkini, hiburan, sensasi, AC Mizal, Awal Ashaari, gosip,
Datuk Aznil Nawawi

Dalam pada itu, pengacara senior, Datuk Aznil Nawawi turut memberi pendapat sama bahawa seseorang pengacara itu harus belajar pelbagai bidang sekiranya ingin bertahan lama dalam industri hiburan tempatan.

"Saya mengambil contoh diri saya sendiri yang bermula dengan pembaca berita, dan kemudiannya mengacara pelbagai jenis program. Kesemua pendedahan itu membuatkan saya boleh menjadi seorang pengacara yang mampu berada dalam pelbagai situasi dan keadaan.

"Cuma saya faham, di zaman ini, untuk mendapat kesemua pendedahan itu, ia perlu mengambil masa lama. Tetapi, tidak salah jika kita belajar daripada yang lebih pandai untuk mengembangkan lagi bakat pengacaraan kita," tegasnya.

Baca : Punca Aliff Aziz Mengamuk dan Tumbuk Pekerja Hotel 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Thursday, December 4, 2014

Punca Scha Bimbang Anak Terdedah Bahaya

Pelakon Scha Al Yahya berasa bimbang mengenai keselamatan anaknya, Lara Alana kerana kehidupan peribadi bayi tersebut terlalu terdedah menerusi media sosial yang diwujudkannya.


Punca Scha Bimbang Anak Terdedah Bahaya, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, lara alana, scha al yahya, awal ashaari,

Scha, 31, juga sedar mendedahkan bayi berusia empat bulan itu kepada umum mempunyai banyak bahaya dan boleh mendatangkan risiko.

"Pada mulanya saya tidak setuju apabila Awal ingin buka akaun Instagram dan Facebook Lara kerana bimbang keselamatan dia.

"Saya risau dia lebih dikenali ketika di luar, tetapi Awal menganggap ia sebagai perjalanan kehidupan anak kami," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama komedi 3 Campur 2, di Souled Out, di sini, Khamis.


Punca Scha Bimbang Anak Terdedah Bahaya, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, lara alana, scha al yahya, awal ashaari,
Keluarga bahagia... Awal bersama Scha dan anak mereka, Lara Alana.

Scha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang media sosial Instagram dan Facebook yang dibuka atas nama kanak-kanak itu.

Perkara tersebut mengundang pelbagai reaksi masyarakat yang menganggap sebagai mendedahkan privasi  bayi tersebut kepada risiko terhadap keselamatan.



Sementara itu, jelas Scha, laman sosial Facebook yang dibuka itu bagi mengelakkan akaun palsu yang dibuka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, pihak tersebut menggunakan nama Lara Alana bagi menarik pengikut supaya laman itu dapat dijual kepada pihak lain.

"Banyak sangat akaun Facebook palsu yang mana mereka buka untuk dapat keuntungan. Itu sebabnya kami sengaja buka akaun Lara sebenar agar peminat tidak tertipu," ujarnya.

Dalam pada itu, Scha berkata, setakat ini tiada perkara tidak diingini berlaku selepas akaun media sosial itu diwujudkan.

Baca : Syamsul Yusof Disaman Penulis Novel 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Tuesday, December 2, 2014

Azrul (Raja Lawak) bidas kenyataan Awal Ashaari

Pelawak dan pengacara Azrul Zaidi membidas kenyataan pelakon dan pengacara Awal Ashaari yang disifatkan sebagai tidak profesional apabila mengeluarkan kenyataan rasa kesalnya terhadap pihak stesen televisyen lebih cenderung memilih pelawak sebagai pengacara manakala pengacara lain sebagai pilihan kedua.


Azrul (Raja Lawak) bidas kenyataan Awal Ashaari, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, awal ashaari, azrul zaidi,

"Rezeki masing-masing. Kami sebagai pelawak tak pernah merungut apabila ada pelakon yang bukan pelawak membawa watak pelawak dalam filem komedi.


"Kalau pelawak dipilih mengacarakan program, ia adalah kepercayaan yang diberikan stesen televisyen. RTM pernah memberi kepercayaan kepada saya mengendalikan program konsep sukan, "Santai Go" dan pernah dipertanggungjawabkan mengacara satu majlis keputeraan diraja.

"Bagi saya, penonton lebih sukakan pengacara santai dan tidak terlalu serius manakala elemen lawak perlu ada dalam bidang pengacaraan tidak kira lawak secara sinis atau serius kerana ia lebih dapat menarik perhatian," katanya kepada Malaysian Digest.

Tambah Azrul lagi, seorang pengacara berpengalaman seperti Awal tidak patut mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana kehadiran pelawak sebagai pengacara adalah satu persaingan sihat.

"Saya pun tidak pasti bagaimana soalan dikemukakan wartawan itu kepadanya tetapi jika benar serius dalam bidang pengacaraan, dia sepatutnya menjadikan kehadiran pelawak sebagai cabaran dan mungkin dia perlu mempertingkat serta memperbaiki kelemahan diri."

Dalam pada itu, Azrul turut memberitahu dia tidak berkecil hati dengan kenyataannya Awal itu, malah Azrul berkata mereka akan bergandingan dalam sebuah program terbitan Astro tidak lama lagi.

Baca : Duit RM100,000 anak Andy Flop Poppy dikebas 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Friday, November 28, 2014

Netizen Gelar Awal Ashaari Tamak Haloba

Kali ini kami bukan nak cerita mengenai anak Awal Ashaari dan Scha Alyahya tau. Tetapi, kami ingin berkongsi perasaan terkejut apabila dapat tahu Awal digelar tamak haloba di sebuah Facebook blog hiburan terkenal.


Netizen Gelar Awal Ashaari Tamak Haloba, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, awal ashaari,

Eh, dah kenapa? Bila kami baca, fahami dan dalami betul-betul, baru kami faham. Rupa-rupanya, peminat bengang dengan luahan hati Awal semalam.

Alah, yang kononnya Awal kesal apabila stesen TV lebih mengutamakan pelawak untuk jadi pengacara tu.

Dek kerana statement Awal itulah, ramai yang mempersoalkan luahan hati bapa kepada Lara Alana ini. Mana taknya, sekarang kan pelawak lebih popular dari penyanyi atau pelakon mahupun pengacara.

Malah, kami lihat komen-komen tersebut, dah macam sesi meluahkan rasa tak puas hati pun ada. Siap ada yang meminta Awal beringat supaya tak tutup periuk nasi orang lain.


Netizen Gelar Awal Ashaari Tamak Haloba, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, awal ashaari,

Kalau korang nak tahu, sebelum ini melalui laporan mStar Online, Awal Ashaari kesal apabila ada pihak yang menjadikan individu sepertinya sebagai pilihan kedua. Nah, ini komen Awal :



    Pihak stesen televisyen sepatutnya bersikap adil dan tahu membezakan pengacara daripada golongan pelawak dan pengacara untuk rancangan serius.

    Saya lihat sekarang ini pihak stesen televisyen sering memilih mereka di kalangan pelawak sebagai pilihan pertama dan pengacara serius seperti saya dipilih pada saat-saat akhir.

    Perkara ini pernah terjadi kepada saya apabila saya ditawarkan mengacara sesebuah progrom apabila pelawak yang dipilih buat hal.

So, korang rasa macam mana?

Baca : Peminat Pulangkan Semula Mikrofon Hafiz Suip 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Thursday, November 27, 2014

Awal Ashaari Kesal Stesen TV Utamakan Pelawak Jadi Pengacara

Awal Ashaari kesal apabila stesen televisyen di negara ini dilihat lebih cenderung memilih pelawak sebagai pengacara dengan menjadikan individu sepertinya sebagai pilihan kedua.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, awal ashaari, isu pengacara,

Awal, 33, berkata, stesen televisyen seharusnya faham peranan pelawak dan pengacara serius sepertinya sebelum menawarkan peluang mengendalikan sesebuah program.

“Pihak stesen televisyen sepatutnya bersikap adil dan tahu membezakan pengacara daripada golongan pelawak dan pengacara untuk rancangan serius.

“Saya lihat sekarang ini pihak stesen televisyen sering memilih mereka di kalangan pelawak sebagai pilihan pertama dan pengacara serius seperti saya dipilih pada saat-saat akhir.

“Perkara ini pernah terjadi kepada saya apabila saya ditawarkan mengacara sesebuah progrom apabila pelawak yang dipilih buat hal,” ujarnya kepada mStar Online.

Awal berkata demikian ketika diminta mengulas kemunculan pengacara-pengacara baharu daripada golongan pelawak yang sering mendapat peluang mengacarakan acara-acara besar dan berprestij di stesen televisyen.

Secara tidak langsung kata Awal, perkara tersebut bakal membunuh industri pengacaraan khususnya pengacara-pengacara serius yang mencari makan dalam bidang penyiaran.

Awal juga mengakui skop kerjayanya semakin mengecil apabila terpaksa bersaing dengan pelawak-pelawak baharu yang diangkat menjadi pengacara.

“Kalau semua pelawak menjadi pengacara semua program, ia boleh membunuh industri pengacaraan kepada pengacara acara serius seperti saya ini.

“Selain itu, program-program terbitan televisyen juga banyak menjurus kepada program komedi berbanding ilmiah,” katanya.

Dalam pada itu, Awal berkata, kebanyakan pelawak mempunyai pakej tertentu membuatkan mereka lebih mendapat pilihan dalam mengendalikan sebuah majlis.

Katanya, perkara tersebut juga membuatkan dia sering ditanya sama ada mempunyai pakej yang sama seperti yang diberi oleh pelawak.

“Pelawak biasanya akan bagi pakej termasuk melakukan lawak sejam jika mengambil mereka untuk mengendalikan sesebuah majlis. Ada penganjur yang bertanya saya, sama ada boleh buat lawak sejam atau tidak?

“Itu membuatkan golongan itu sering menjadi pilihan utama sebagai pengacara majlis,” keluhnya.

Baca : Shaheizy Sam Berdebar Bila Bersama Fazura 

Sumber : mStar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Saturday, November 22, 2014

Awal Ashaari Tak Jadi Merajuk Selapas Jadi Pengacara Mentor Legend

Pengacara Awal Ashaari memberitahu lega apabila diumum sebagai pengacara rancangan Mentor Legend yang bakal  membuka pentas pada 30 November di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

info, terkini, hiburan, sensasi, awal ashaari, pengacara mentor ledend, gosip

Awal berkata, dia menerima tawaran program realiti tersebut sebelum kontroversi tentang dirinya merajuk apabila tidak dipilih mengendalikan program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2014 lalu.

"Saya lega apabila diumum sebagai pengacara Mentor Legend yang mana sekali gus ia menamatkan desas-desus bahawa saya masih merajuk dengan rancangan realiti AF 2014.

"Pihak TV3 tawarkan program ini sebelum anak saya lahir lagi kira-kira Julai Lalu. Ketika kontroversi yang mengatakan saya merajuk itu pun sebenarnya saya sudah terima tawaran ini.

"Tetapi saya tidak boleh beritahu kepada media tentang itu. Jadi sekarang saya lega bila semuanya sudah terjawab bila saya akan mengendalikan rancangan Mentor Legend," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Awal berkata, dia gembira apabila tugas sebagai pengacara rancangan tersebut diserahkan sendiri oleh pengacara Mentor lalu iaitu Ally Iskandar.

Jelasnya, pemilihannya sebagai pengacara kali ini dibuat oleh pihak stesen televisyen tersebut dan tiada istilah merampas tugasan Ally Iskandar yang mengendalikan rancangan itu selama enam musim sebelum ini.

"Mula-mula takut juga dikatakan merampas tugas Ally sebab dia sudah jadi pengacara Mentor selama enam musim. Namun bila saya jumpa Ally dia menerimanya dengan hati terbuka," ujarnya.

Rancangan Mentor Legend yang akan menyaksikan enam penyanyi iaitu Dayang Nurfaizah, Ajai, Mas Idayu, Ella, Zainal Abidin dan Amy Search mendidik protege yang telah dipilih dalam satu sesi ujibakat.

Pentas utama Mentor Legend akan bermula pada 30 November ini di Sri Pentas 2, Shah Alam.

Selain Awal, Zuan Azmi dan Shiha Mentor turut menjadi pengacara bersama dan Jurnal Mentor Legend.

Baca : Punca Peminat Kritik Sepahtu dan Virus 


Sumber :  mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Sunday, October 26, 2014

Foto Akikah dan Cukur Jambul Lara Alana

Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya menganjurkan majlis akikah dan cukur jambul buat anak sulung mereka, Lara Alana Ahmad Awaluddin yang kini berusia dua bulan. Majlis diadakan di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. 

Majlis akikah dan cukur jambul berkenaan juga diadakan bersempena sambutan Maal Hijrah. Scha dan Awal juga turut mewujudkan Instagram khas buat anak mereka seperti beberapa selebriti lain. Malah di bawah akaun Instagram lara.alana itu, gambar majlis yang berlangsung tadi turut dimuatnaikkan untuk tatapan peminat. 

Dibawah ada ammboi.com kongsikan beberapa keping foto daripada jurugambar rasmi @peeksbymin + @prettypeektures yang dikongsi secara ‘livetelecast’ menerusi akaun Instagram Lara.Alana. 

Foto Akikah dan Cukur Jambul Lara Alana, info, terkini, sensasi, hiburan, lara alana, awal ashaari, scha alyahya
Foto Akikah dan Cukur Jambul Lara Alana, info, terkini, sensasi, hiburan, lara alana, awal ashaari, scha alyahya Foto Akikah dan Cukur Jambul Lara Alana, info, terkini, sensasi, hiburan, lara alana, awal ashaari, scha alyahya majlis cukur jambul anak awal ashaari dan scha alyahya anak awal ashaari cukur jambul anak scha alyahya cukur jambul lara alana anak awal ashaari cukur jambul lara alana majlis akikah dan cukur jambul anak awal ashaari lara alana majlis akikah dan cukur jambul lara alana lara alana anak scha alyahya cukur jambul lara alana cukur jambul anak scha alyahya dan awal ashaari cukur jambul majlis cukur jambul anak scha alyahya dan awal ashaari anak scha alyahya anak scha alyahya dan awal ashaari majlis akikah dan cukur jambul lara alana anak awal ashaari majlis akikah dan cukur jambul anak scha alyahya lara alana majlis akikah dan cukur jambul anak scha al yahya lara alana majlis akikah dan cukur jambul lara alana anak scha alyahya


Untuk makluman anda, Lara dilahirkan pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court. Dalam masa sehari akaun Instagram Lara Alana dibuka kepada umum, si comel ini telah mempunyai lebih 50 ribu pengikut dan ia terus meningkat.


Sumber : ammboi.com