Showing posts with label pengacara. Show all posts
Showing posts with label pengacara. Show all posts

Friday, December 26, 2014

Sherry Alhadad, Zulin Aziz Jual Barang Peribadi Untuk Mangsa Banjir

Pengacara Sherry Alhadad dan Zulin Aziz menjual beberapa barangan terpakai milik mereka bagi mendapatkan sejumlah wang untuk disalurkan kepada mangsa banjir yang melanda negeri di Pantai Timur.


Sherry Alhadad, Zulin Aziz, artis bantu mangsa banjir, info, terkini, hiburan, pengacara

Sherry, 30, berkata, lebih 10 barangan termasuk pakaian, kasut dan perhiasan diri sudah terjual melalui laman Instagram milik mereka sejak malam Khamis.

"Kami mula terfikir sejak Rabu lalu bagaimana cara untuk bantu mangsa banjir secara tidak langsung menggalakkan orang ramai untuk turut membantu bersama.

"Kami fikir untuk jual semula baju-baju kami yang masih dalam keadaan baik kepada peminat-peminat yang ingin bersama-sama menghulurkan bantuan," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambah Sherry, keseluruhan hasil penjualan barangan tersebut akan disalurkan kepada mangsa banjir sama ada dalam bentuk barang keperluan ataupun wang tunai.

Sherry Alhadad, Zulin Aziz, artis bantu mangsa banjir, info, terkini, hiburan, pengacara

Sherry menjual barangan peribadinya menerusi Instagram.

Dia turut bersimpati terhadap beberapa ahli keluarganya yang berada di Kuala Terengganu kerana berhadapan dengan situasi tersebut.

"Saya tidak pernah melalui pengalaman seperti mereka lalui, namun melihat daripada berita dan gambar yang tersebar melalui media sosial sangat menginsafkan sehingga membuat kami benar-benar ingin menolong yang termampu.

"Abang saya yang tinggal di Kuala Terengganu sedang berhadapan dengan bancana alam ini," ujarnya.

Sementara itu, Zulin, 25, berkata, aktiviti tersebut bukan untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya, adalah salah satu cara bagi mereka memberi bantuan kepada mangsa banjir.

"Ada orang yang menderma melalui tabung-tabung yang disediakan, ini merupakan salah satu cara dan saluran kami sebagai artis untuk beri banduan.

"Kebanyakan baju yang dijual ini adalah masih baik dan digunakan semasa mengacarakan Melodi dan majlis hiburan. Peminat yang mahukan baju ini bukan sahaja dapat menyimpannya, malah mereka juga secara tidka langsung menderma," katanya.

Tambah Zulin, dia dan Sherry masih dalam proses mencari semula barang-barang yang boleh dijual kepada peminat dalam usaha mereka memberi bantuan kepada mangsa secepat mungkin.

 Katanya, aktiviti yang dilakukan itu kini turut mendapat perhatian beberapa artis dan kawan-kawan terdekat untuk turut sama menjual barang peribadi mereka.

Baca : Album Zikir Hafiz Hamidun Terjual Setengah Juta 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Wednesday, December 17, 2014

Awal Ashaari Mohon Pelawak Tidak Salah Faham

Sebelumnya, Awal Ashaari yang juga pengacara program 'Melodi' dan 'Mentor Legend' ini pernah menyuarakan pendapatnya tentang lambakan pelawak-pelawak yang diangkat menjadi pengacara untuk sesebuah acara atau program.

Awal Ashaari Mohon Pelawak Tidak Salah Faham, info, terkini, hiburan, sensasi, pengacara, Awal Ashaari, gosip,

Lantas, hal itu mendapat respons yang pelbagai daripada beberapa orang pelawak tanah air yang turut bergelar pengacara.  Terpanggil untuk menjawab isu itu dengan harapan ia tidak diperbesarkan atau disalah tafsir, ini kenyataan Awal yang telah dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Assalamualikum wbt...

Lama rasanya tak menulis di Facebook tetapi hari ini terpanggil untuk menulis bagi menjernihkan keadaan yang semakin keruh dek penulisan-penulisan yang kurang sensitif oleh segelintir pelapor.

Berkenaan isu saya marahkan pelawak sebagai pengacara. Let me make it clear, that saya TIDAK pernah menimbulkan isu itu sebaliknya saya DITANYA soalan; “Apa pendapat saya apabila sekarang lambakan pelawak-pelawak diangkat menjadi pengacara?”

Sudah tentu apabila ditanya, kita harus menjawab dan sebagai seorang “senior” bak kata sesetengah orang tu, sudah tentu jawapan yg saya berikan tidaklah ‘sebodoh’ itu untuk membuatkan rakan-rakan pengacara hebat diluar sana terasa. And obviously bukan nak menceritakan kelemahan saya tanpa sedar, as claimed.

Sudah 11 tahun saya mengacara, tak pernah sekali pun saya ada masalah dengan pengacara-pengacara seangkatan dengan saya, cuma lately ni memang saya akui yang pengacara komedi lebih mendapat tempat dihati penonton disebabkan peredaran semasa. Isu itu tidak sedikit pun menggangu saya, because I know my strength and I know who is my target audience. Saya tidak sedikit pun rasa terkesan dengan keadaan semasa sebab saya masih lagi ada pengikut saya dan Alhamdulillah, rancangan saya tak putus-putus keudara di kaca TV.

Cuma rasa tak sedap apabila komen yang diberikan disampaikan dengan cara yang tidak sensitif. Ianya ibarat sengaja ingin mengundang salah faham diantara saya dan rakan-rakan pengacara yg lain.

Buat rakan-rakan pengacara saya yg saya hormat, you know how the entertainment works. Sometimes what you said is not what actually reported. Jangan salah anggap disini. Saya bukan juga menyalahkan rakan-rakan media saya, cuma our pemahaman tentang sesuatu isu itu berbeza dan kadang kala, ia disalah tafsir oleh segelintir orang. Interpretation seseorang penulis itu mungkin berbeza dengan apa yang selalunya dikomen. Kadangkala sesuatu komen itu sukar utk diulas kerana ababila diulas, maksudnya dah jadi lain.

Saya pernah bekerja dengan pelawak. Zizan merupakan ex-co host saya dalam Melodi selama 2 tahun and he is a good friend of mine. Setiap kali Johan mengacara, saya ketawa terbahak-bahak. Saya selalu rasa FBI tu seorang pengacara yg sangat baik. Abang AC Mizal, he is ABP Pengacara Paling Popular and I always enjoy his sense of hosting. Zulin & Sherry Al haddad are my partners dalam Melodi sekarang ni, - ADAKAH SAYA SENGAJA MEMBANGKITKAN ISU INI UNTUK MEMBUATKAN MEREKA INI TERASA? Am I that brave to dig my own grave?

Kepada yang terasa, saya mohon maaf. Bukan niat saya mengatakan apa yang anda semua baca. You guys know that you’re better than that.

Cuma memang saya ada kata yg segelintir organizer mitak saya melawak ketika bekerja. That is beyond my control. Saya mintak maaf, saya bukan pelawak.

Untuk TV stesen pula, rasanya mereka memang bijak memilih pengacara bagaimana yang sesuai untuk program yang macam mana. So far, saya selalu dapat program yg betul-betul makanan saya. Tak pernah pulak disuruh melawak tak tentu hala sbb saya naturenya bukan seorang yg kelakar.

To my beloved press member, saya menyeru kepada semua supaya kita masing masing pandai jaga nama baik dan periuk nasi kita. Youre a gatekeeper between us, and the public. Tulislah dengan penuh sensitivity supaya perkara begini dapat dielakkan. At the end of the day, we are one small community and we might end up work or bumped into each other. Tak perlu juga nak panjang-panjangkan isu ini. Rezeki ditangan Allah, ada dimana mana.

Saya harap rakan-rakan pengacara lawak saya tak sentap lama lama.

Sumber : mediahiburan.karangkraf.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif