Tuesday, December 2, 2014

Duit RM100,000 anak Andy Flop Poppy dikebas

Anak kepada penyanyi Andy Flop Poppy, yang juga vokalis kumpulan Loka, Dan Azreen kerugian sebanyak RM100,000 akibat ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Kastam bagi proses pembelian tiga buah kereta.


Duit RM100,000 anak Andy Flop Poppy dikebas, info, terkini, hiburan, sensasi, azreen, Loka

"Ada seorang kenalan yang memperkenalkan saya kepada individu itu dan saya mula yakin apabila dia menunjukkan bukti termasuk kad kuasa miliknya selain memberitahu dia boleh membantu dalam proses pembelian kenderaan lelong Kastam.

"Malah dia turut membawa saya, tunang dan seorang kenalan ke gudang tempat penyimpanan kereta tersebut di Perak kononnya tempat kereta kami disimpan," ujarnya seperti dipetik daripada laporan mStar.

Tambah Dan lagi, lelaki yang dikenali sebagai Mohd Faleq menambahkan keyakinannya lagi dengan membawa mereka berjumpa keluarganya di Bota Kiri, Perak.

"Selepas kami menyerahkan wang berkenaan secara tunai kepadanya dia ada menyerahkan satu salinan geran dan sijil daripada puspakom namun tidak menyertakan nombor plat kenderaan tersebut.

"Sejak itu dia mula memberikan pelbagai alasan apabila ditanya bila kami boleh dapat kenderaan tersebut sehinggalah dia menghilangkan diri. Kali terakhir dia menghantar mesej kepada saya pada 27 September lalu," ujarnya.

Dan juga turut merujuk perkara tersebut kepada Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan mendapati kereta yang dimaksudkan tidak pernah didaftarkan.

Selepas menyedari mereka telah ditipu, Dan membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara dan turut menghubungi keluarga lelaki tersebut, namun mereka turut mendakwa tidak mengetahui dimana lelaki itu berada.

Selain itu, Dan juga turut mendedahkan mengenai lelaki tersebut di laman sosial dan mendapati lelaki berkenaan telah melakukan banyak penipuan jual beli kereta termasuk beberapa rakan dan saudaranya juga turut menjadi mangsa.

"Saya salahkan diri saya sebenarnya kerana terlalu mempercayai orang dan langsung tidak terdetik dalam hati saya akan ditipu hingga ratusan ribu ringgit.

"Ralat memang ralat kerana itu adalah wang simpanan saya tetapi ini adalah pengajaran buat saya supaya tidak mudah mempercayai orang lain. Tidak lagi selepas ini."

Baca : Ucapan Hari Lahir Paling Romantis Wawa Zainal Buat Aeril Zafril 


Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →