Tuesday, December 2, 2014

Zizan Sertai KRU Dalam Sebuah Lagu Adiwira, Cicakman 3

Buat julung kalinya pelawak dan rapper, Zizan Razak telah bergabung dan berkolaborasi dengan kumpulan KRU dalam menyanyikan sebuah lagu berjudul Adiwira.


Zizan Sertai KRU Dalam Sebuah Lagu Adiwira, Cicakman 3, info, terkini, hiburan, sensasi, zizan razak, KRU, cicakman 3

Lagu ciptaan Edry Abdul Halim dan liriknya oleh Zizan sendiri merupakan lagu tema nyanyian mereka untuk filem terbaru KRU Studios iaitu Cicakman 3.

Ketua Pegawai Kreatif KRU Music, Edry Abdul Halim berkata Adiwira merupakan kolaborasi unik kerana menggabungkan pendekatan muzik hip hop Zizan dengan elemen pop dan rnb yang merupakan identiti KRU.

“Sebenarnya kolaborasi ini merupakan permintaan peribadi oleh Zizan sendiri untuk bekerjasama dengan KRU dan ia telah menghasilkan sebuah gabungan sempurna melalui ciptaan lagu yang diberi garapan segar dan disesuaikan dengan selera muzik generasi baru.

“Peluang bekerjasama dengan karektor dinamik seperti Zizan membuktikan beliau seorang penghibur serba boleh, dan kami yakin projek lagu tema Cicakman 3 ini bakal mendapat perhatian peminat.

“Kami juga berharap agar konsep berelemen hip hop sebegini dapat melepaskan rindu peminat KRU yang sudah sinonim dengan muzik rancak dan bertenaga dari awal pembabitan kami dahulu," katanya menerusi kenyataan media.

Adiwira  diedarkan serentak secara online di iTunes, Spotify, Deezer dan Kkbox bermula 28 November lalu termasuk MTV yang diterbitkan secara rasmi melalui rangkaian KRU Music iaitu di laman sesawang.

Cicakman 3 yang turut menampilkan Zizan Razak serta pelakon lain seperti Lisa Surihani dan Fizz Fairuz  akan berada di pawagam pada 12 Mac tahun hadapan.

Baca : Ucapan Hari Lahir Paling Romantis Wawa Zainal Buat Aeril Zafril 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →