Wednesday, December 10, 2014

Pengacara Rancangan Serius Perlu Belajar Berlawak

Pengacara Datuk AC Mizal berkata, sudah tiba masanya untuk golongan pengacara serius yang mengdndalikan rancangan-rancangan bukan komdi bersikap terbuka mempelajari bidang lawak bagi mengekalkan kualiti kerja yang diceburi.


Pengacara Rancangan Serius Perlu Belajar Berlawak, info, terkini, hiburan, sensasi, AC Mizal, Awal Ashaari, gosip,

AC berkata, sebagai seorang pengacara, mereka perlu mengikuti kehendak penonton yang sentiasa berubah dalam menonton sesebuah program di mana konsep lawak menjadi trend pada masa kini.

"Saya faham apabila ada segelintir pengacara serius mengeluh kerana mereka menjadi pilihan kedua stesen televisyen kerana tiada bakat melawak.

"Tetapi bagi saya, usah mengeluh. Kita sebagai pengacara perlu mengikut trend agar boleh kekal lama dalam industri.

"Seperti masa kini, orang lebih seronok melihat pengacara yang boleh melawak jadi, saya ikut dan andai kata tahun depan penonton mahu pengacara yang boleh menangis, jujurnya saya akan menangis," katanya kepada mStar Online.


Pengacara Rancangan Serius Perlu Belajar Berlawak, info, terkini, hiburan, sensasi, AC Mizal, Awal Ashaari, gosip,
Nabil Ahmad

AC diminta mengulas mengenai kenyataan Awal Ashaari pada laporan mStar Online 27 November lalu yang terkilan apabila stesen televisyen dilihat lebih cenderung memilih pelawak sebagai pengacara.


Kata Awal, perkara tersebut akan membunuh industri pengacaraan khususnya pengacara-pengacara serius yang mencari makan dalam bidang penyiaran.

Sementara pelawak Nabil Ahmad pula berkata, Awal tidak sepatutnya membuat kenyataan  begitu kerana ia sedikit sebanyak memalukan diri sendiri.

"Saya tidak berkecil hati dengan kenyataannya itu tetapi secara tidak langsung dia telah menceritakan kelemahannya tanpa sedar.

"Dia sebagai artis senior sepatutnya sudah tahu jalur dan pergerakan industri dan kita perlu berusaha mengubah dan mencorak diri agar dapat selari dengan trend.

"Macam saya dulu hanya tahu melawak, tetapi bagi mengembangkan bakat, saya cuba mengubah diri untuk menjadi pengacara. Saya perlu membuat perubahan itu kerana peminat mahu melihat bakat kita lebih daripada apa yang ada sekarang," ujarnya.


Pengacara Rancangan Serius Perlu Belajar Berlawak, info, terkini, hiburan, sensasi, AC Mizal, Awal Ashaari, gosip,
Datuk Aznil Nawawi

Dalam pada itu, pengacara senior, Datuk Aznil Nawawi turut memberi pendapat sama bahawa seseorang pengacara itu harus belajar pelbagai bidang sekiranya ingin bertahan lama dalam industri hiburan tempatan.

"Saya mengambil contoh diri saya sendiri yang bermula dengan pembaca berita, dan kemudiannya mengacara pelbagai jenis program. Kesemua pendedahan itu membuatkan saya boleh menjadi seorang pengacara yang mampu berada dalam pelbagai situasi dan keadaan.

"Cuma saya faham, di zaman ini, untuk mendapat kesemua pendedahan itu, ia perlu mengambil masa lama. Tetapi, tidak salah jika kita belajar daripada yang lebih pandai untuk mengembangkan lagi bakat pengacaraan kita," tegasnya.

Baca : Punca Aliff Aziz Mengamuk dan Tumbuk Pekerja Hotel 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →